Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Wednesday, March 18

dalam pantang

Salam.
Tak ada nya dalam pantang. Anak aku dah setahun 4 bulan, berlari-lari dia.

Bini & anak dah tidur, bosan tak tahu nak buat apa.
Apa kata aku senaraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat di klinik, walaupun tak ada tertulis undang-undang mengenainya. Agar lancar proses anda sepanjang di situ.

1.   Minta MC sebelum ceritakan masalah kesihatan / pemeriksaan.
Terbit prejudis bahawa anda tak sakit sebenarnya, cuma mahu cuti. Ya, kami pegawai perubatan, cuma manusia biasa.
Tips : Mohon MC selepas anda diperiksa. Percayalah.

2.   Mohon MC untuk hari/minggu sebelum rawatan di klinik.
Datang klinik hari Jumaat, tapi minta MC sejak Khamis, atau Rabu. Alasan, majikan nak bukti dia sakit sejak Rabu, 3 hari dah tak masuk kerja.
Err, saya pun nak bukti awak sakit sepanjang tempoh itu. Pengesahan bertulis dari klinik/hospital lain ka. Modal air liur, tak layan.
 Tanpa bukti kehadiran ke klinik untuk hari MC yang dipohon, anda berkemungkinan berada di mana- mana sahaja di pelusuk muka bumi ini, melakukan pelbagai perkara, termasuk lah kegiatan jenayah. Don't play play..
Tips : Sakit hari Selasa, datang terus klinik hari Selasa. Alasan pitam sepanjang hari tidak diterima. Apa alasan sekali pun.

tiga hari dah saya tak masuk kerja, selsema, serius...
main air punya pasal.


3.   Terjah masuk bilik doktor, tanya, "Lambat lagi ke, suami saya nak pergi kerja sekejap lagi.."
Senang cerita, nak dilayan cepat, datang awal.
Kita tak boleh cincai rawat pesakit lain (yang datang awal) sebab nak cepat, semata-mata nak melayan pe'el orang dah lambat nak pergi kerja, dah lambat nak naik flight dan seribu satu alasan lagi. That's unfair, man..
Servis murah RM1, mestilah ramai orang lain nak pakai jugak.
Tips : Bangun awal. Datang awal.

Oh lagi satu, perlakuan itu sungguh tidak menghormati pesakit lain yang sedang dirawat dalam bilik itu. Kalau dia tengah bukak baju, amacam?!!

4.   Persoal kenapa ada pesakit lain dilayan terlebih dahulu.
Ini bukan kaunter bank / pejabat kerajaan yang lain.
Kes kecemasan didahulukan. Tak sama sakit jantung dengan demam, batuk selsema.
Pesakit psikiatri tak selamat dibiarkan menunggu lama di celah awam.
Ibu & bayi dalam pantang datang sebab jaundis tak boleh dibiarkan lama-lama menunggu.
OKU & warga emas diutamakan.
Ingat lah, bukan pesakit je, kami laaaaagi nak cepat cepat clear kan pesakit dari klinik.
Tips : Tak ada tips. Yang ini bergantung pada rezeki masing-masing.

kalau comel, dapat masuk dulu tak.. hi hi..


5.   Enggan dirujuk ke hospital / Dr pakar.
Seboleh-boleh nya, kami tak mahu merujuk anda ke hospital. Susah. Kena telefon doktor di hospital, kena buat surat (yang kadang-kala panjang berjela), kena buat ujian darah/kencing/ECG, kena dapatkan tarikh temujanji.
Jadi, apabila dirujuk ke hospital, itu bermakna anda memang BENAR-BENAR PERLU ke hospital. Keengganan anda akan membuatkan kami kecewa, dan terasa sungguh membuang masa, tenaga, sumber.
Tips : Minta Dr jelaskan sebab dirujuk.

6.   Hilangkan surat rujukan.
Ini dah diterangkan tadi. Usaha akan terbazir.
Datang semula ke klinik minta dibuat semula surat rujukan, daripada dr lain pulak tu, yang tak tahu hujung pangkal.
Surat itu sepenting surat tawaran bekerja/ tender / sijil nikah / dll.. Berkaitan kesihatan & nyawa. Simpan dengan baik.

7.   Nak dengar yang sedap sahaja.
Dah berjumpa dr pakar, akan tetapi enggan menerima nasihat/rawatan yang ditawarkan, balik ke klinik kesihatan, minta nasihat dari dr yang 'kurang' pakar ni.
Logik apa tu..

8.   Datang hujung waktu.
2 minit tinggal. Kaunter pendaftaran dah tutup. Farmasi dah kemas nak tutup. Makmal pun.
Anda baru tiba dengan masalah kesihatan yang dah ada sejak 2 bulan lalu.
Tidak hormat waktu bekerja orang lain.
Tak boleh beri rawatan kira cincai. Tak selamat untuk kedua-dua staf & pesakit.
Tips : Datang awal.

9.   Minta buat surat.
Dulu dia operate di Sarawak, lepas tu sambung rawatan di Pahang, rujuk ke Kelantan, dan kali terakhir di Johor. "Dan boleh tak Dr keluarkan surat mengesahkan saya sakit sekian sekian sekian dan sekian."
Tak boleh.
Sila mohon dari dr terbabit atau dari klinik/hospital yang merawat.
Kalau esok saya nak keputusan peperiksaan anak saya, takkan saya nak tanya di sekolah yang dia tak pernah belajar..

betuuuuuulll tuan, percayalah....


10.   ..akan bersambung kalau ada lagi yang aku ingat..

Monday, August 11

hijacked

Jam 3 pagi,
Baru tersedar, gosok gigi belum, kencing belum.
Sejuk kemain, tembak dek kipas meja straight tepi kaki.

PSP belum off, tergolek atas dada. Aku matikan, tolak ke bawah sofa, simpan.
Anak aku dah lena kat sebelah, dikepung bantal dan selimut. Wan eh selimutkan tadi agaknya.
Malam ni mama nya on-call. Kesian.. Jadi anak papa malam tu.


Selesai aku melabur kat tandas, nak sambung tidur..

nak alih kang dia bangun..
habih la den malam ni...

Friday, November 29

kami mahu

assalamualaikum.

Tak ada sesiapa pun suka, gembira, riang, menunjukkan alat sulit kepada orang lain (laki bini tu lain cerita, dan lagi satu, ohh, orang gila).
Baik perempuan, mahupun lelaki.

Isu dr lelaki di wad bersalin ni, makin kerap diutarakan dalam media sosial.
Terbaru, ada petisyen, boleh baca sendiri, senang je nak cari.
Secara kasarnya, menggesa dibuat polisi supaya staf wanita sahaja bertugas atau diberi keutamaan bertugas di tempat tersebut.
  (Orait..)
Menyuruh staf kesihatan meningkatkan kefahaman tentang aurat ketika bersalin.
  (Aurat bukan setakat dijaga ketika bersalin je, sepanjang masa sepatutnya..)
Dan tidak memberi apa-apa insentif kepada dr lelaki yang bertugas di jabatan O&G.
  (Woooooww.. ini zalim)

Saya geleng kepala.
Saya tidak mahu bertelagah dengan pembaca yang tak sependapat.
Cuma sedikit pengalaman ingin dikongsi.

Ketika zaman h.o. ('hamba of') dulu, ketika 'on-call' (5pm-7am), saya berseorangan menjaga satu wad, berisi seramai 40-50 orang pesakit. Ini dikira mewah memandangkan zaman sebelumnya cuma seorang h.o. untuk DUA wad.
Mencatat dalam fail, memeriksa setiap pesakit, bermula seawal jam 5 petang, sampai lah kadang-kadang ke pukul 8-9 malam. Itu pun kalau tak ada apa-apa kecemasan berlaku.Tak campur kes yang baru masuk wad lagi.
Memeriksa 'bukaan bawah' pesakit yang tengah sakit nak meneran,  satu keperluan, supaya tahu apa langkah seterusnya. Bukan boleh ditilik-tilik macam pak nujum.
Dalam keletihan berjaga sepanjang malam, memikirkan bermacam-macam perkara nak diselesaikan. Susah hati. Berdebar sampai pagi. Nyawa pesakit, nyawa kandungan. Makan pun miss. Kencing ditahan-tahan. Busy.
Tak ada sekelumit pun rasa suka, syok, atau naik ghairah ketika mengendalikan pesakit-pesakit tersebut. Letih sangat. Yang ada dalam kepala, nak selesaikan cepat-cepat & selamat. Dan chow.
Pesakit memang rasa malu.
Tetapi prosedur yang kami buat itu perlu. Perlu untuk pesakit ketika itu, dan perlu untuk kami, di masa-masa yang akan datang.

"dr miang in da house", fikir mereka..


Saya kira, jika hanya dr wanita dibenarkan bertugas di wad bersalin, maka mereka perlu on-call lebih kerap, stay-up di hospital malam hari, memandangkan jumlah staf telah susut, berikutan larangan dr lelaki bekerja di wad bersalin.
Dr wanita pun ada keluarga, suami, anak-anak yang nak dijaga di rumah. Berkorban.

Dr lelaki yang ditugaskan di klinik kesihatan yang kecil, berseorangan. Banyak ibu-ibu mengandung yang perlu antenatal check up. Jika dr lelaki dilarang bekerja di wad bersalin, manakan dapat ilmu & kemahiran untuk mengendalikan kes berkaitan..
Jika dr lelaki dilarang mengendalikan kes O&G, bukan hospital sahaja, satu Malaysia ni ribut, nak dicari dr wanita untuk dihantar ke seluruh pelusuk yang memerlukan.
Pengetahuan & kemahiran asas O&G ini wajib untuk semua dr, tanpa mengira jantina. Jadi, kehadiran dr lelaki (terutama dr pelatih) di wad bersalin memang tak boleh dielakkan. Tambahan, pakar dan konsultan lelaki dalam bidang ini, nak di suruh ke mana.
Ada terbaca tentang pihak yang mencadangkan penggunaan patung sebagai ganti pesakit. Maaf lah, kami berurusan dengan manusia. Andai latihan dengan patung, saya tak fikir pesakit gemar dilayan seperti patung kelak.

Perlu diingatkan, bukan semua dr wanita minat/mahu memasuki bidang ini. Ia sangat sibuk dan, mmmmm, apa orang putih cakap, demanding..

Tanyalah pada dr wanita muslim,
- mereka pernah hidup berpuluh tahun sebagai orang biasa (layman) sebelum bergelar doktor
- mereka sendiri bekerja dalam sistem khidmat kesihatan ini
- mereka sendiri pernah jadi pesakit (ibu yang melahirkan) di hospital kerajaan
- mereka seagama dengan penyokong petisyen ini (jangan dituduh mereka cetek ilmu/penghayatan agama/sekular)
Oleh itu saya amat yakin, kalau pembaca enggan menerima tulisan saya, sekurang-kurangnya mendengar pandangan golongan (dr wanita) ini, memandangkan mereka boleh melihat isu ini dari keempat-empat perspektif.

Usaha ke arah menambah dr wanita dalam bidang ini memang sudah ada, fitnah lah kalau kata  tiada. Cuma ia mengambil masa.

Akhir kata, bagi yang menyokong petisyen tersebut, sila lah.
Cuma ini pesan saya:
i) Boleh minta dr wanita. Jika ada, ada lah. Jika tiada pada ketika itu, usah lah marah. Tenaga kerja (masih) belum cukup.
ii) Bagi yang berkemampuan, silalah ke institusi perubatan yang menawarkan semua staf wanita di wad bersalin.. Bukan pilihan popular, tapi jika mampu, apa salahnya.
iii) Galakkan anak atau anak saudara perempuan menyertai perubatan. Galakkan dia masuk O&G khususnya. Doktor tak cukup. Dan tidak pula doktor itu tumbuh di atas pokok / tepi jalan..
iv) Keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah top priority. Penuhkan waktu menunggu isteri bersalin dengan solat hajat. (pesan Warie). Bukan dengan kerisauan "dr lelaki ke perempuan"..


bacaan berkaitan:
'Lip Service'
'doktortime'




p/s: lelaki bermasalah di kemaluan pun tak nak dr wanita memeriksa. Tapi jangan lah itu dibuat petisyen juga..

Thursday, October 31

jijik



tak kisah,
kalau melayan pakcik makcik, uncle auntie, sampai dekat 20 minit,
asalkan diorang dapat, masuk dalam kepala, bila, banyak mana nak makan ubat.
kalau pesakit lain nak complaint sebab lama menunggu pun.
sebab berbaloi.

tak kisah,
melayan budak kenit-kenit, budak sekolah sekolah yang tak tahu nak cakap apa bila masuk bilik aku,
sebab aku tahu memang budak-budak ni datang sebab tak sihat.

tak kisah,
kalau kena rujuk kes-kes yang perlu rujuk, ke hospital
bertekak dengan m.o. hospital yang tak nak terima kes.
sebab kalau benda sama jadi kat family sendiri, maunya aku tak berkeras.

tak kisah,
kena buat 'home visit', untuk pesakit-pesakit yang dah tak mampu nak bergerak ke klinik
stroke, miskin, sebatang kara, masalah psikiatri.
sebab, entah-entah esok hari kita, mana tahu.

tapi,
peminta sedekah MC ni yang buat aku rasa jijik.
sebab kau rasa malas nak bekerja hari tu, datang mintak MC.
nak ponteng, ponteng je lah. Tak payah seret orang lain, paksa bagi MC.

Kadang-kadang aku bagi je.
Sebab, bertekak dengan manusia-manusia macam ni, hilang mood nak bekerja, kesian pesakit yang lepas tu, tak adil nanti.
Sebab aku nak manusia ni cepat berambus, orang lain lama menunggu.
Ubat pun kadang-kadang aku tak bagi. Stok ubat terhad, simpan untuk yang betul-betul sakit. Bukan untuk buat 'wayang' depan bos diorang.
Aku tak ada doa yang baik-baik untuk manusia macam ni. Maaf lah..

Jangan bising dalam media sosial pasal harga barang naik, duit gaji tak cukup.
Kerja lah apa-apa sekali pun. Bukan duit gaji tak cukup. Tak berkat.
Kerja asyik mengelat.


kalau nak MC, berlakon macam ni la, baru real..

Wednesday, July 18

kaki lu ka


kurangkan gula dalam makanan,
tambahkan manis dalam senyuman..

Tuesday, May 29

jom kita melintas



kalau..
pesakit ke, saudara-mara yang menemankan pesakit ke,
nampak benda melintas luar tingkap jam 1-2 pagi tu,
tu benda biasa..

Thursday, May 17

himpunan cerita pendek

gadis 16 tahun.
jarum menembusi kulit. Sampai vena, jarum berhenti.
cecair merah pekat memecut masuk picagari.
dia hanya melihat, membisu, pandangan kosong..

pemuda 17 tahun.
tertera pada kemeja-T nya "MSSM"
jarum hampir menembusi kulit.
"Jap doktor jap, jap"
Ambil jaketnya. Tutup muka.
Ceh..



~~~~~~~~~~~~~



lelaki tionghua dalam umur separuh abad.
Mundar-mandir dalam ward. Resah nampaknya.
Beg pakaiannya dah siap dikemas.
Baju 'rasmi' pesakit hospital dah campak tepi.

"Doktor. Itu saya punya dokumen kasi bikin cepat sikit haa. Mau potong nama cepat-cepat".
"Sabar uncle, sikit lagi. Cepat-cepat mau kejar apa..?"
"Hisap rokok. Dah 4 hari woo.."
"..."



~~~~~~~~~~~~~


admission day:
"Tolong lah doktor. Apa-apa yang terbaik untuk mak saya ni. "

discharge day:
"Apa ni doktor, dari tadi tak siap2 discaj mak saya ni. Janji tengah hari, ni dah kul 2 lebih.."



~~~~~~~~~~~~~



bapa seorang pesakit 15 tahun.
berbisik kepada anaknya.
"Yang ni bukan doktor. Ni tukang ambik darah je."

Gua.....



~~~~~~~~~~~~~




jam 10.30 pagi
gua baru habis kerja shift malam.
kedai kenit hujung hospital jadi tempat singgah
tangan kanan pegang 3 bungkus. tangan kiri lagi tiga.


lemak manis berkrim..

fikir punya fikir, tambah lagi satu.
sebelum keluar duit bayar, tambah lagi sebungkus.
awek kat kaunter tu dah senyum2 tengok gua borong..
aisey, kasi can la adik manis. gua lapar..



Friday, April 13

tak sanggup

jam 1.00 pagi
wanita 70 tahun. Tersemat pada kerongkongnya tiub.
Bekalan oksigen.
Mata berkelip-kelip memandang sekeliling.
Jari-jemarinya teraba-raba sana-sini. Sekali sekala nak direntapnya tiub halus daripada lengan kanannya. Tapi tak dapat, tangan tertambat pada katil. Tiub halus ke tiga mesin sebesar 'marble cake' yang ada selalu jual kat Giant tu. Tiga jumlahnya. Tiap-tiap satu ada 'perisa' masing-masing.
Dobu. Dopa. Norad.

dah 3 bulan, dia jatuh dan tak berdaya berjalan.
dah 3 bulan jugak, dia cirit-birit.
dan dah 3 bulan jugak, anak-anaknya tak bawa dia ke klinik / hospital.
dah nazak, baru hantar hospital. Hari ni.


jam 1.00 pagi.
"Tolong lah. Cabut ubat-ubat & oksigen ni semua. Kami adik-beradik dah sepakat.
Kami dah tak sanggup tengok mak kami macam ni lagi..."


Tak sanggup?

Ha.
Ha.
Puan, you're very funny lah....



tiga bulan tengok mak tu terlantar ngan cirit-birit sanggup pulak...

Friday, August 5

HO = hamba of

show-off, sombong, cocky, bossy
dia bukan consultant, bukan specialist, bukan MO..
oit!

~~~~~~~~~~~~~

kalau masa post-call kene soalan phD,
anda akan kelihatan bodoh sepanjang hari..

~~~~~~~~~~~~~

whenever & wherever you can,
pray, eat, sleep,
(play kalau2 sempat, kalau..)

~~~~~~~~~~~~~

ada yang ajar
ada yang ajar & marah
ada yang tak ajar, marah je
yeay..

~~~~~~~~~~~~~

grad dari mana = teknik penghinaan
cakap je ko grad dari planet pluto.

~~~~~~~~~~~~

dalam hospital, ramai yang baik2
nak tunjuk, ajar
yang tak baik tu, abaikan je le..
adat..

~~~~~~~~~~~~~

drive balik rumah petang2 itu
sangat nikmat..

Monday, November 15

kanak-kanak hidupnya riang

jam 10 pagi,
sebuas bas kuning, tertera pada badannya "college bus" bergerak meninggalkan perkarangan hospital,
membawa bersama 8 orang petugas pelbagai pangkat termasuk pemandu,
sejauh 3 kilometer ke dalam kampung berhampiran.

Selepas 10 minit perjalanan, mereka tiba di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Bangunan kecil, kipas pun tak ada. Panas macam haram.

Disambut hilai tawa kanak-kanak itu. Yang tidak berapa lama kemudian diganti raungan, sebab takutkan jarum suntikan. Ada yang takut sejak awal, ada yang tampak berani tapi meraung sebaik jarum dipertontonkan, dan macam biasa, ada juga yang cool. Tak kurang juga yang berguling-guling atas lantai mintak kena rotan tak disuntik.
Yang demam, selsema diberi ubat. Yang dah patut suntik, disuntik.

Destinasi kedua, sebuah sekolah. Diasaskan lebih kurang seratus tahun dahulu oleh seorang lelaki berbangsa Jerman.

Dan memang ada betul pun seorang wanita Jerman sedang bertugas secara sukarela mengajar bahasa Inggeris di situ untuk tempoh 3-4 bulan. Ketika petugas-petugas ini sampai, wanita Jerman itu yang kelihatan memakai saree merah tengah memanggil anak-anak muridnya minum selepas sukaneka. Achtung!

Ketua petugas & konco-konconya masuk ke sebuah bangunan kerdil, di mana di dalamnya terisi berdozen-dozen kanak-kanak, meloncat-loncat bermainan suatu permainan.

"Here we only have to immunize one boy", kata ketua petugas.

Matanya tertumpu pada seorang budak lelaki berseluar pendek coklat, berkemeja kotak-kotak hitam oren. Tengah riang bermain.
Sambil bercekak pinggang, ketua petugas menoleh pada konco-konconya,

"It's okay. We'll give him the shot on our next trip here. Let him enjoy for today."

Petugas-petugas itu bergerak pulang.
Diperhatikan dua budak lelaki, dengan penuh kekaguman, tanda tanya. Salah seorang petugas pantas menghalakan kamera, mereka pantas mengenakan gaya. Posing beb.

Klik, klik.

Berlari ke arah petugas itu sambil berteriak, "Show, show.."
"Thank you", katanya selepas melihat muka sendiri pada skrin kamera.
Puas hati agaknya.

Tak apa, esok-esok bas kuning datang lagi.

Wednesday, November 10

1bilik

Pagi-pagi lagi sms dah masuk. Bzz Bzzt..

"go to OT now and assist, one case is posted for LSCS"
"ok"

pertama kali masuk OT bangunan baru, berpusing-pusing mencari kat mana bilik salin pakaian, kat mana selipar, mana nak cekau uniform OT, mana mask, cap. Jumpa.

pintu yang ini jangan masuk.



Kuak daun pintu, masuk.
Sniff sniff, bau benda-benda baru.
Tengah syok tukar baju, baru perasan...



p/s : fail

Sunday, October 24

himpunan cerita pendek

amaran : cerita berikut dijamin tidak mendatangkan sebarang faedah


~~~~~~~~~~~~~


kurang kerja, memang tak belajar apa-apa
nama PG sekali satu unit pun aku dah lupa
boleh menyelami perasaan jadi batu tepi jalan.


~~~~~~~~~~~~~


jabatan yang tenang
datanglah walau selaut manusia, semuanya masih tenang
nak balik awal pun boleh, tapi
boss baik gila, bersungguh mau ajar, tunjuk macam-macam
sampai hati nak blah awal?
balik awal pun apa guna, golek-golek je, ngadap internet
kalau dah kahwin lain lah, kikiki...


~~~~~~~~~~~~~


Berjalan pulang lepas seharian yang sibuk di OPD,
anda akan disirami perasaan yang sangat indah,
ruang legar OPD yang lengang lepas padat dengan manusia sejak pagi,
jadi lukisan tercantik untuk hari itu,
masa inilah terjumpa, bertegur sapa dengan orang-orang yang kita pernah sekali kerja dulu.

Tengah berjalan, ada orang melaung,
dongak ke tingkat 3 bangunan ward,

"Hi there, hellooooooo", mamat berbaju merah melambai-lambai.
Aku tak berapa cam muka, lambai je lah balik.
Sambil memikirkan, siapakah gerangan.

Selesai 2-3 langkah, dah tak pikir dah.
Tingkat atas sekali, ward psikiatri..


~~~~~~~~~~~~~

ini jabatan aaa..
untuk orang yang..
..berjiwa kental, bertelinga tebal.


~~~~~~~~~~~~~


Sambil tunggu boss, tengok TV dalam ward.

"Breaking News"

Anjing menyusukan 2 ekor anak babi.



Ingatkan berita menara 100 tingkat je boleh masuk TV..

Sunday, September 5

lagu aman shah

big boys toys..


hari last aku kat Ortho
meninggalkan unit yang sangat sibuk, unit I
banyak kerja, banyak pengalaman, banyak belajar, banyak letih.
tapi tadi sempat pulak jadi model murahan..


~~~~~~~~~~~~~


tahun lepas raya di Mangalore,
tahun ni, atas permintaan diri sendiri,
kurang 24 jam lagi aku kat Seremban, insyaAllah.

geng-geng yang tak balik raya,
selamat bertugas.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, maap banyak2, zahir & batinnya sekali..

Tuesday, August 24

open book fracture

burrrppp...
alhamdulillah, berbuka makan banyak
sampai sendat perut.
"banyak recharge,
kejap lagi kat trauma mau tidur je ni kang..", fikir tuan punya perut.


~~~~~~~~~~~~


bulan ramadhan,

malamnya,
orang lain berlumba-lumba, beribadah, berterawih kat masjid.

Aku,
pecut 100m macam orang gila ke blood bank,
bertekak2 sikit ngan petugas situ,
lepas tu pecut balik ke trauma.
Kendong icebox, isi emas merah..


don't drink &...

Friday, August 20

cobaan

Now everyone can go to angkasa lepas. =p



pagi selasa.
semua x-ray dah load dalam desktop ward
dari 8.15 pagi sampai jam 8.45
duduk dalam OPD, tinggal nak tunggu boss datang.

3 staff, 6 PG, 2 intern
semua mendongak ke atas, tengok TV - Animal Planet

"lepas ni mak singa tu tangkap anak rusa, makan", kata seorang PG. Hafal.


~~~~~~~~~~~~~


selesai ward rounds. Boss cakap,

"Let's go to Anupam (Restaurant)"

3 staff, 6 PG, 2 intern,
dan satu Professor
lintas jalan ramai-ramai
masuk kedai makan, nak sarapan ni.

"Rashid, have you ordered your food?"

"Mmm, I'm fasting sir.."

"Ohhhh my............."

Wednesday, August 11

siri alih bahasa : 3

aku menaip discharge summary yang akhir untuk surgery
makcik yang suaminya aku balut kaki tiap-tiap hari tu datang.
pot pet pot pet pot cakapnya, laju, tak tertangkap maksud.

"hari ni dah nak discharge, balik rumah"

penyudahnya tangan buat tanda sembah, dan geleng-geleng kepala (Indian nod),
"terima kasih", barangkali.

tinggal dua pesakit yang ada ulcer,
yang lain dah aku discharge kan.

"hari ni hari last saya sini, ini dressing yang last"

"aiyoooooo", sambil menepuk dahi pakcik tu.

seronok, bangga, riak, terharu, dan sedikit sedih bersilih ganti.


~~~~~~~~~~~~~


dah 3 kali makan tengah hari aku bedal maggi, apa kes..

aku tau kat Malaysia dah mula puasa
tapi India mula puasa esok!
selamat menjalani ibadah puasa semua


p/s : puasa mulut, mata, telinga, kaki, tangan

Saturday, August 7

working hardly, hardly working

hari dmo, dan OPD. Sibuknya tak payah cakap.
rakan sejawat, tak nampak batang hidung (langsung).
aku dail, talian hayat.

panggilan pertama, diangkat.
cirit-birit teruk katanya.

panggilan kedua,
telefon bimbitnya (dah) dimatikan

esoknya,

"hey, i'm sorry about yesterday.." "what happened actually..?"

"..."


~~~~~~~~~~~~~


semua orang datang kerja pukul 8.
ward rounds pukul 8.30
dia datang pukul 9.

"Is there anything for me to do? What else to be done?..", tanyanya dengan prihatin.

"..." (audible voice)
"Owh yeah, there is. Go tuuuut yourself" (inaudible one..)


~~~~~~~~~~~~~


hari-hari boleh tukar muka
face-off
(lagi satu off taknak cakap..)

Saturday, July 31

coo - late (2)

salam.

tajuk pun dah malas nak pikir, recycle title dulu-dulu ngan bubuh nombor je, bajet william shakespeare (sonnet 18).

hari ni, pada mulanya, aku seronok.
ada satu dressing je kena buat, lain-lain semua post-op, lepas 3-4 hari baru bukak.
discharge summary pun semua dah settle, tinggal nak print ngan bubuh tandatangan.

maka berlenggang lah masuk OT seawal 10 pagi..
jahit-jahit sikit
buat "Es Es Ji" sikit
assist-assist sikit (tak sikit mana..)

..dan tamat jam 7 malam.

sila gunakan bakul yang telah disediakan
sila gunakan bakul
sila gunakan
sila
si..



Rasa nak pecah tumit gue.
Lepas tu sambung ward rounds, kaki macam dah tak rasa apa-apa.
Boss nak tengok luka pesakit, bukak dressing. Dah bukak, buat balik.


9.30 malam : Baru terhegeh-hegeh nak cari nasik..


p/s : had great chat with colleagues during dinner at snack shack after a hard day's work. "Saturday night fever" redefined.

Tuesday, July 27

siri alih bahasa : 2

"Bila nak tukar dressing kaki pakcik ni...? Cepat la sikit."

"Bersih, kering lagi ni pakcik, semalam baru tukar. Boleh tukar esok."


10minit kemudian..


"Nak, tadi pakcik pergi tandas. Dah basah dressing ni, kena tukar cepat ni."

"....."


tidak sah digunakan untuk hati

Monday, July 26

siri alih bahasa : pilot

rounds dah habis,
tinggal kerja-kerja kuli batak nak dibuat, dressing.
mula lah membalut kaki seorang pakcik ni..


"nak, bila doktor nak datang tengok luka kaki pakcik ni..?"

"pakcik, yang tua-tua pakai spek, gelak-gelak dengan pakcik tadi tu, doktor pakcik la tu."

"laaaa.. ye ke..."


gambar hiasan. bukan tempat sebenar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...