Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Tuesday, January 11

saya di sini ingin mengucapkan


Selamat Berjaya kepada semua warga KMC'06.
Peperiksaan itu memang azab. Tapi.
Jangan pernah putus asa.

Saturday, February 6

time flies (super fast)

salam..

it was stressful for the past 3 months.
perhaps the most productive period of my life, so far..

the signboard below explains it all.


am glad today it has ended.
..we all are





mixed feeling though..


p/s : auld lang syne..

Friday, December 25

sekejap



biar aku ke tempat lain sekejap,
aku ada kerja(8x) nak dibuat..

Tuesday, December 15

pisang dan

"makin dekat exam, makin sedap buat benda lain, baca surat khabar pun jadi sedap gila syid.."
-abe

godek-godek album, pilih satu gambar, cerita sikit.
10 minit, siap.



buah nona ke yang hijau ni.. isi dalam rupa nona, tapi aku tak ingat rupa kulit luar, haiih..

pisang,
kat India ni pisang yang hijau tu yang sedap, isinya macam pisang montel, gebu, manis, sedap.
yang kuning ni kurengg, terbalik daripada yang kat malaysia.

aku selalu beli, sebab pisang ni senang,
tak payah basuh, potong,
simpan pun tak payah pakai peti sejuk.
buat pencuci mulut
buat ubat sakit perut
bila-bila nak skip makan, boleh buat alas perut
bila mana rajin itu ada, boleh buat cekodok.
duduk-duduk depan komputer pun, boleh buat kudapan.

..tapi gua bukan beruk.

Wednesday, December 9

pasca lagi

salam..

sabtu lepas aku pergi tengok Lagenda '09.
tahun ni,
- disekalikan dengan Malaysian Food Fest
- disertai rakyat2 dari serata Karnataka, yang memegang passport Malaysia (heh..)

..dan

sepanjang 4 tahun lebih duduk India ni jugak, ni baru kali ke-2 pergi Lagenda.

lagenda '09

kali pertama, 2005 duluuuu..
sebab masa tu cuti, dan aku tak ada duit nak balik.
Yang banyak duit je balik masa tu, ha ha..

Yang lagi 3 tahun tu miss sebab
cuti + baru habis exam + dah ada duit (boleh balik, cian..)



Sebulan elaun rm350+/- sahaja (ketika itu)
Yang papa ni pergi turun Mangalore join lagi 5 orang 'Power Rangers' (kata Abe..)

buktinya dapat diperhatikan pada gambar di atas, di mana sekumpulan remaja lelaki menjadi pengunjung setia CC hostel Lalbagh, menggodam komputer & internet semahu-mahunya, selama-lama yang boleh.
Haram sekor tak ada laptop, ha ha..


agak-agak dah lebam biji mata, merayap sampai Panambur..


..dan Manasa zoo & waterpark yang tak best pun buleh jadi best.

Ini dah melalut jauh sampai mane daa..

Balik pada lagenda & food fest tadi, aku tak ada komen. Aku cuma beli soto ayam, kaya home-made yang slurp2, dan kuih tradisional Melayu.
Aku memang 'hantu' bab kuih-muih ni. Kasi cekodok pisang sebesen pun aku boleh habiskan.
Sendat tembolok.
Kuota untuk makanan lain-lain, aku mansuhkan.

Ikutkan hati rasa nak beli je sedulang kuih, tapi nanti malu pulak kat cik adik yang jual tu.
Hehe..

Friday, December 4

sindrom pasca peperiksaan

night | day


salam..

22 hari blog ni 'puasa',
ada peperiksaan..
aidiladha hari tu pun aku tak rasa apa-apa
ada kertas hari raya, hahahampeh betul..
tapi, kamera aku tetap jalan.


malam manipal diteman hujan..



unta malpe
ya, aku ke malpe lagi..



ai, seronok bang..?



which is your favourite sun..?
red | yellow



"happy besday cikgu comel"


sekian saja untuk kali ini,
untuk geng-geng di mangalore, selamat menjalani ibadah peperiksaan..



p/s : hip hip, hooorayy..

Friday, November 6

hari cerah

kelmarin & semalam harinya indah
yang mendatang pun harap-harapnya begitu lah
angin menemankan terang biru langit cerah
endposting test obg tamatlah sudah
ber'auto' aku ke pantai, tapi bukan berkelah..
(mari berpantun, hehe..)



hantar makanan


"boss, ice-cream..?"


pakcik jual kacang..


pulang..



kutip......






objek lazim pantai Malpe:
belon, unta, layang-layang, orang..




p/s : apa pun 'result'nya semalam, wa tak kira. wa suka saja semalam..

Wednesday, November 4

kejang


seharian tercegat tegak je tulang belakang aku.
sedap betul dapat baring atas tilam, fuuuhh..



p/s : sindrom2 peperiksaan..

Saturday, October 17

bas dan bom


salam..

selamat menyambut diwali bagi yang berkenaan.
tadi ni pun banyak kedai yang buka sampai tengah malam
siap pasang lampu berkelip-kelip.
diorang raya beb..
biasanya kat India jam 9 malam dah mula lengang.

entah apa sebabnya tak dapat lah dipastikan, perayaan selalu berkait dengan kemalangan jalan raya.
hari ni, dalam Manipal yang kenit ni saja dah ada 2 kemalangan.

Bas vs. auto, auto nak u-turn tak menyempat-nyempat, bas laju.
Bas sempat berhenti (tak langgar auto), tapi cermin depannya pecah & barang2 dapur bersepah,
macam ada penumpang tercampak ke depan (macam dalam filem).
Tak tahu lah nasib penumpang, dah hantar ke hospital kot..
Berhati-hati lah di jalan raya.

btw, al-fatihah untuk arwah..



kedai-kedai runcit sekitar manipal dah convert jadi kedai mercun.
mercun roket, bom, gasing, telur naga, papan, etc etc etc etc...
aku beli, mercun bom. Bukan nak main.
Ada ujian Selasa depan, end-posting namanya. Banyak nak baca.
Mercun bom ni,
nak buat lempar ke anjing2 liar depan rumah
memekak buat meeting haram malam-malam.

p/s : trafik kat India macam tuuuuuut dan bahaya..

Wednesday, June 24

6 hari lagi


6 hari lagi..
dan exam pun abes..


paradox..
selalu orang countdown berape hari lagi nak exam..
ini terbalik lak..


neuro n paed surgery selesai sudah..
malam ni kene pulun paediatrics pulak..

tak best ..




nak blame OP Ghai..
(..tak syok la bace buku anda..graphic..paragraphs..highlights..warna tulisan..tak mesra mataku)

p/s: ape buleh buat..takde pilihan
zzZZzz..

tersepak batu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...