Showing posts with label hangin gue. Show all posts
Showing posts with label hangin gue. Show all posts

Wednesday, March 18

dalam pantang

Salam.
Tak ada nya dalam pantang. Anak aku dah setahun 4 bulan, berlari-lari dia.

Bini & anak dah tidur, bosan tak tahu nak buat apa.
Apa kata aku senaraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat di klinik, walaupun tak ada tertulis undang-undang mengenainya. Agar lancar proses anda sepanjang di situ.

1.   Minta MC sebelum ceritakan masalah kesihatan / pemeriksaan.
Terbit prejudis bahawa anda tak sakit sebenarnya, cuma mahu cuti. Ya, kami pegawai perubatan, cuma manusia biasa.
Tips : Mohon MC selepas anda diperiksa. Percayalah.

2.   Mohon MC untuk hari/minggu sebelum rawatan di klinik.
Datang klinik hari Jumaat, tapi minta MC sejak Khamis, atau Rabu. Alasan, majikan nak bukti dia sakit sejak Rabu, 3 hari dah tak masuk kerja.
Err, saya pun nak bukti awak sakit sepanjang tempoh itu. Pengesahan bertulis dari klinik/hospital lain ka. Modal air liur, tak layan.
 Tanpa bukti kehadiran ke klinik untuk hari MC yang dipohon, anda berkemungkinan berada di mana- mana sahaja di pelusuk muka bumi ini, melakukan pelbagai perkara, termasuk lah kegiatan jenayah. Don't play play..
Tips : Sakit hari Selasa, datang terus klinik hari Selasa. Alasan pitam sepanjang hari tidak diterima. Apa alasan sekali pun.

tiga hari dah saya tak masuk kerja, selsema, serius...
main air punya pasal.


3.   Terjah masuk bilik doktor, tanya, "Lambat lagi ke, suami saya nak pergi kerja sekejap lagi.."
Senang cerita, nak dilayan cepat, datang awal.
Kita tak boleh cincai rawat pesakit lain (yang datang awal) sebab nak cepat, semata-mata nak melayan pe'el orang dah lambat nak pergi kerja, dah lambat nak naik flight dan seribu satu alasan lagi. That's unfair, man..
Servis murah RM1, mestilah ramai orang lain nak pakai jugak.
Tips : Bangun awal. Datang awal.

Oh lagi satu, perlakuan itu sungguh tidak menghormati pesakit lain yang sedang dirawat dalam bilik itu. Kalau dia tengah bukak baju, amacam?!!

4.   Persoal kenapa ada pesakit lain dilayan terlebih dahulu.
Ini bukan kaunter bank / pejabat kerajaan yang lain.
Kes kecemasan didahulukan. Tak sama sakit jantung dengan demam, batuk selsema.
Pesakit psikiatri tak selamat dibiarkan menunggu lama di celah awam.
Ibu & bayi dalam pantang datang sebab jaundis tak boleh dibiarkan lama-lama menunggu.
OKU & warga emas diutamakan.
Ingat lah, bukan pesakit je, kami laaaaagi nak cepat cepat clear kan pesakit dari klinik.
Tips : Tak ada tips. Yang ini bergantung pada rezeki masing-masing.

kalau comel, dapat masuk dulu tak.. hi hi..


5.   Enggan dirujuk ke hospital / Dr pakar.
Seboleh-boleh nya, kami tak mahu merujuk anda ke hospital. Susah. Kena telefon doktor di hospital, kena buat surat (yang kadang-kala panjang berjela), kena buat ujian darah/kencing/ECG, kena dapatkan tarikh temujanji.
Jadi, apabila dirujuk ke hospital, itu bermakna anda memang BENAR-BENAR PERLU ke hospital. Keengganan anda akan membuatkan kami kecewa, dan terasa sungguh membuang masa, tenaga, sumber.
Tips : Minta Dr jelaskan sebab dirujuk.

6.   Hilangkan surat rujukan.
Ini dah diterangkan tadi. Usaha akan terbazir.
Datang semula ke klinik minta dibuat semula surat rujukan, daripada dr lain pulak tu, yang tak tahu hujung pangkal.
Surat itu sepenting surat tawaran bekerja/ tender / sijil nikah / dll.. Berkaitan kesihatan & nyawa. Simpan dengan baik.

7.   Nak dengar yang sedap sahaja.
Dah berjumpa dr pakar, akan tetapi enggan menerima nasihat/rawatan yang ditawarkan, balik ke klinik kesihatan, minta nasihat dari dr yang 'kurang' pakar ni.
Logik apa tu..

8.   Datang hujung waktu.
2 minit tinggal. Kaunter pendaftaran dah tutup. Farmasi dah kemas nak tutup. Makmal pun.
Anda baru tiba dengan masalah kesihatan yang dah ada sejak 2 bulan lalu.
Tidak hormat waktu bekerja orang lain.
Tak boleh beri rawatan kira cincai. Tak selamat untuk kedua-dua staf & pesakit.
Tips : Datang awal.

9.   Minta buat surat.
Dulu dia operate di Sarawak, lepas tu sambung rawatan di Pahang, rujuk ke Kelantan, dan kali terakhir di Johor. "Dan boleh tak Dr keluarkan surat mengesahkan saya sakit sekian sekian sekian dan sekian."
Tak boleh.
Sila mohon dari dr terbabit atau dari klinik/hospital yang merawat.
Kalau esok saya nak keputusan peperiksaan anak saya, takkan saya nak tanya di sekolah yang dia tak pernah belajar..

betuuuuuulll tuan, percayalah....


10.   ..akan bersambung kalau ada lagi yang aku ingat..

Monday, June 23

network not available

Cara untuk reply sms rakan yang tiada henti-henti mahu promo barang yang kita tak mahu beli.


"Message not sent."





Cuba promo benda camni, mesti aku tertarik sikit..

Monday, December 16

lu jangan nak kencing gua

jam 8.05 pagi.

Aku masuk tandas, menjalankan beberapa urusan 'perniagaan' kecil, sebelum memulakan tugas rasmi. Suasana yang bersih, visual & aroma yang menyenangkan dalam tandas klinik.
Bersih, tiada bau busuk. Very nice.
Kredit kepada abang PRA yang bersihkan ruangan ini tiap-tiap pagi.

jam 12.00 tengah hari.

Lawatan kedua, untuk mengosongkan pundi kencing (gua suka minum air kosong bawak dalam botol), sebelum aku teruskan dengan pesakit lain.
Mengecewakan.
Bau hancing, tahi dalam mangkuk jamban tak diflush, serpihan tahi atas lantai tak berjirus.
Takkan nak suruh abang PRA klinik ni cuci tandas 4 jam sekali. Dia pun banyak kerja lain nak buat.

Pada suatu hari yang lain pula.
Selesai urusan temujanji, seorang lelaki separuh umur, bangun nak beredar sambil menghulur tangan, bersalam.
"Nak, pakcik nak tegur sikit lah".
"Ye, pakcik."
"Tandas tu kotor sangatlah, tak bercuci. Bukan apa nak, pakcik cakap, itu kan imej KKM.."
Gua senyum je..

Ya, tandas awam yang kotor itu imej KKM.
Agak funny.


Ustaz aku dulu pesan,
"Ko kena tinggalkan tandas tu, dalam keadaan lebih bersih daripada sebelum ko masuk."
"Kalau ko tinggalkan dalam keadaan lebih kotor daripada asal, berdosa.", sambungnya.
Itu potongan ayat dia, yang masih aku ingat, lekat.

Kalau semua orang ikut resam macam ni, silap-silap tak payah ada orang cuci pun tandas tu.
Tapi tu lah masalahnya. Kalau..

Suruh bayar kang, masing-masing ngaku dah bayar cukai..


Hanya disebabkan tandas tu bukan tandas rumah sendiri, dan orang lain (je pun) yang akan guna, maka tak perlu dijaga kebersihannya. Ini pemikiran yang jahat.

Mungkin ada benarnya teguran pakcik itu.
Kami silap. Tidak meletakkan papan tanda peringatan yang sesuai dalam tandas itu.
Papan tanda seperti,
"Jangan lupa cuci dubur sebelum keluar", atau,
"Naikkan zip seluar dengan kemas sebelum beredar."
Ah, alasan.

Friday, November 22

objek canggih itu

salam..

Beberapa bulan lepas (ceh), aku tengah duduk menunggu sate yang aku baru order.
Nak dibuat makan bersama keluarga. Malam minggu.

Datang sebuah keluarga, duduk di meja sebelah. Mak ayah bersama lima anak kecil, umur rapat-rapat. Tukang ambil order belum datang.
Semua budak tu, ada iPad/Tab dalam tangan masing-masing. Seorang satu. Semua khusyuk melayan game. Suasana keliling tak dihiraukan. Leka betul.
Mak ayah nya, duduk belek handphone dalam tangan. Bila mak ayahnya bertanya nak makan apa, anak-anak ni buat derkk je.. Badan pun semua kurus keding.
Makan malam dengan keluarga dah tak syok lagi buat anak-anak kecil ni. Kasihan.

Satu pemandangan yang menjengkelkan.
Secara peribadi, aku rasa, gajet-gajet tu semua,
bukan imej keluarga moden, tapi masalah keluarga moden.
Tak ada duit nak buat kajian, buat lah pemerhatian. Itu yang aku dapat..

"kalau tak ghonti main, kang abah campak bondo tu kasi ikan jaws makan.."


Kadang-kadang, bila bertandang ke rumah saudara-mara, pun ada pemandangan yang sama.
Budak duduk seorang diri di satu sudut, leka dengan gajet.
Dari saat melangkah masuk ke rumah, sampai lah saat nak blah..
Bercakap apa pun tak ada.
Lepas salam tangan, terus sambung main game.. Brrr...

Aku sangat berharap dan bercita-cita, tak nak bagi anak aku main benda alah ni, dan lain-lain yang seangkatan dengannnya..
..dengan izinNya



p/s: Dulu-dulu bila sebut pad, orang rujuk pada tuala wanita. Sekarang, pad ni orang bagi budak-budak main..

Thursday, October 31

jijik



tak kisah,
kalau melayan pakcik makcik, uncle auntie, sampai dekat 20 minit,
asalkan diorang dapat, masuk dalam kepala, bila, banyak mana nak makan ubat.
kalau pesakit lain nak complaint sebab lama menunggu pun.
sebab berbaloi.

tak kisah,
melayan budak kenit-kenit, budak sekolah sekolah yang tak tahu nak cakap apa bila masuk bilik aku,
sebab aku tahu memang budak-budak ni datang sebab tak sihat.

tak kisah,
kalau kena rujuk kes-kes yang perlu rujuk, ke hospital
bertekak dengan m.o. hospital yang tak nak terima kes.
sebab kalau benda sama jadi kat family sendiri, maunya aku tak berkeras.

tak kisah,
kena buat 'home visit', untuk pesakit-pesakit yang dah tak mampu nak bergerak ke klinik
stroke, miskin, sebatang kara, masalah psikiatri.
sebab, entah-entah esok hari kita, mana tahu.

tapi,
peminta sedekah MC ni yang buat aku rasa jijik.
sebab kau rasa malas nak bekerja hari tu, datang mintak MC.
nak ponteng, ponteng je lah. Tak payah seret orang lain, paksa bagi MC.

Kadang-kadang aku bagi je.
Sebab, bertekak dengan manusia-manusia macam ni, hilang mood nak bekerja, kesian pesakit yang lepas tu, tak adil nanti.
Sebab aku nak manusia ni cepat berambus, orang lain lama menunggu.
Ubat pun kadang-kadang aku tak bagi. Stok ubat terhad, simpan untuk yang betul-betul sakit. Bukan untuk buat 'wayang' depan bos diorang.
Aku tak ada doa yang baik-baik untuk manusia macam ni. Maaf lah..

Jangan bising dalam media sosial pasal harga barang naik, duit gaji tak cukup.
Kerja lah apa-apa sekali pun. Bukan duit gaji tak cukup. Tak berkat.
Kerja asyik mengelat.


kalau nak MC, berlakon macam ni la, baru real..

Thursday, September 19

akidah

"Pakcik datang ni nak mintak MC, badan sakit-sakit lah. Baru balik dari kursus ni."
"Kursus apa tu pakcik..?"
"Kursus pemantapan akidah."
"...   "

den pun nak MC tau. Sakit badan, sakit hati, sakit jiwa layan gelagat manusia malas nak pergi kerja..

Wednesday, July 31

mana lah tahu


markas baru,



kekuatan anggota keseluruhan : tidak pasti
kekuatan anggota sejawatan : lima orang, sebangsa.
tapi gua sorang je jantan..


-------------


"boleh tak bagi mc sampai esok sekali,
mana lah tau kot-kot saya demam lagi esok.."
"ooh, bukan demam je, hidup pun belum tentu lagi esok!"





kenapa lah anak-anak melayu suka datang minta mc..
kaciwa..

gua cukup ingat, masa gua kecik kecik & student dulu, gua tak pernah sebut mintak mc, walaupun suhu badan lebih 38.0 C.
Tahu-tahu itu doktor yang bagi. Sehari ka, dua.
Ini suhu 36.0 C, sengih-sengih mintak mc.

Saturday, May 4

cukai & undi

assalamualaikum..

Sudahkah anda membayar cukai?
Jika belum, maka janganlah sibuk mengata indon bangla duk sini 'free' tak bayar cukai..
Cukai tu tanggungjawab pada negara.

Mengundi.
undi anda adalah rahsia.
Adakah ia benar-benar rahsia..? wallahu'alam
adakah anda merahsiakan undi anda? Atau dihebah satu dunia.
" 'Undi adalah rahsia' tu untuk orang pengecut", kata sesetengah pihak.
Aku dah bosan baca kat facebook cerita-cerita orang BN, cerita-cerita orang PR.
Kesemuanya menyakitkan hati.
Dah la menyakitkan hati, tak 'confirm' pulak tu, semua main spekulasi.
Yang tak tahu hujung pangkal pun terus 'share'. Dosa fitnah letak tepi.
Aku rasa, rakyat Malaysia ni terlalu senang percaya benda-benda dalam internet. Senang melenting. Senang nak hebahkan. Senang-senang menghakimi.
Sampai hari pilihanraya, tak mengundi. Tahi.

Insyaallah aku mengundi esok, alhamdulillah jadual masuk kerja petang.
Harap-harap tak ada lah insiden penyokong-penyokong bergaduh ke apa ke, masuk kecemasan sambung drama.
Selamat mengundi..

gambar hiasan - Port Dickson Waterfront, Jan 2013


Thursday, May 17

himpunan cerita pendek

gadis 16 tahun.
jarum menembusi kulit. Sampai vena, jarum berhenti.
cecair merah pekat memecut masuk picagari.
dia hanya melihat, membisu, pandangan kosong..

pemuda 17 tahun.
tertera pada kemeja-T nya "MSSM"
jarum hampir menembusi kulit.
"Jap doktor jap, jap"
Ambil jaketnya. Tutup muka.
Ceh..



~~~~~~~~~~~~~



lelaki tionghua dalam umur separuh abad.
Mundar-mandir dalam ward. Resah nampaknya.
Beg pakaiannya dah siap dikemas.
Baju 'rasmi' pesakit hospital dah campak tepi.

"Doktor. Itu saya punya dokumen kasi bikin cepat sikit haa. Mau potong nama cepat-cepat".
"Sabar uncle, sikit lagi. Cepat-cepat mau kejar apa..?"
"Hisap rokok. Dah 4 hari woo.."
"..."



~~~~~~~~~~~~~


admission day:
"Tolong lah doktor. Apa-apa yang terbaik untuk mak saya ni. "

discharge day:
"Apa ni doktor, dari tadi tak siap2 discaj mak saya ni. Janji tengah hari, ni dah kul 2 lebih.."



~~~~~~~~~~~~~



bapa seorang pesakit 15 tahun.
berbisik kepada anaknya.
"Yang ni bukan doktor. Ni tukang ambik darah je."

Gua.....



~~~~~~~~~~~~~




jam 10.30 pagi
gua baru habis kerja shift malam.
kedai kenit hujung hospital jadi tempat singgah
tangan kanan pegang 3 bungkus. tangan kiri lagi tiga.


lemak manis berkrim..

fikir punya fikir, tambah lagi satu.
sebelum keluar duit bayar, tambah lagi sebungkus.
awek kat kaunter tu dah senyum2 tengok gua borong..
aisey, kasi can la adik manis. gua lapar..



Friday, April 13

tak sanggup

jam 1.00 pagi
wanita 70 tahun. Tersemat pada kerongkongnya tiub.
Bekalan oksigen.
Mata berkelip-kelip memandang sekeliling.
Jari-jemarinya teraba-raba sana-sini. Sekali sekala nak direntapnya tiub halus daripada lengan kanannya. Tapi tak dapat, tangan tertambat pada katil. Tiub halus ke tiga mesin sebesar 'marble cake' yang ada selalu jual kat Giant tu. Tiga jumlahnya. Tiap-tiap satu ada 'perisa' masing-masing.
Dobu. Dopa. Norad.

dah 3 bulan, dia jatuh dan tak berdaya berjalan.
dah 3 bulan jugak, dia cirit-birit.
dan dah 3 bulan jugak, anak-anaknya tak bawa dia ke klinik / hospital.
dah nazak, baru hantar hospital. Hari ni.


jam 1.00 pagi.
"Tolong lah. Cabut ubat-ubat & oksigen ni semua. Kami adik-beradik dah sepakat.
Kami dah tak sanggup tengok mak kami macam ni lagi..."


Tak sanggup?

Ha.
Ha.
Puan, you're very funny lah....



tiga bulan tengok mak tu terlantar ngan cirit-birit sanggup pulak...

Friday, August 5

HO = hamba of

show-off, sombong, cocky, bossy
dia bukan consultant, bukan specialist, bukan MO..
oit!

~~~~~~~~~~~~~

kalau masa post-call kene soalan phD,
anda akan kelihatan bodoh sepanjang hari..

~~~~~~~~~~~~~

whenever & wherever you can,
pray, eat, sleep,
(play kalau2 sempat, kalau..)

~~~~~~~~~~~~~

ada yang ajar
ada yang ajar & marah
ada yang tak ajar, marah je
yeay..

~~~~~~~~~~~~~

grad dari mana = teknik penghinaan
cakap je ko grad dari planet pluto.

~~~~~~~~~~~~

dalam hospital, ramai yang baik2
nak tunjuk, ajar
yang tak baik tu, abaikan je le..
adat..

~~~~~~~~~~~~~

drive balik rumah petang2 itu
sangat nikmat..

Thursday, December 16

seat no. 5

jam 11.06 malam.
Sepatutnya keretapi aku dah sampai, sepatutnya. Labuhkan buntut kat kerusi, lenguh tadi berdiri sambil jinjit beg. Beg tak besar, balik sekejap la katakan.


stesen keretapi Udupi, waktu siang

Jam 11.55 malam.
Keretapi sampai. Puas aku besarkan mata, mencari no. gerabak yang aku nak naik. Konon2nya gerabak aku belakang sekali menghadap utara, tapi stesen keretapi Udupi buat dajal lagi, hujung lagi satu rupanya.

info : Semua keretapi yang lalu stesen Udupi berhenti selama 2 minit sahaja

Nak tanya ketua stesen, tak nampak bayang. Penumpang lain pun semua naik keretapi ni. Pecut bang, ke arah kepala keretapi, gerabak gua depan sekali nih. Alhamdulillah, masa semboyan berbunyi, aku dah masuk2kan beg bawah kerusi/katil, tunggu nak baring je, dan keretapi pun jalan.
Oh yeah.
Ada satu senarai nama penumpang atas katil aku tu tadi, aku buat tak tahu je, letak terus bawah katil. Datang seorang pegawai mintak tiket, dibacanya 2-3 kali tiket aku.

"Awak salah keretapi ni. Awak nak ke Ernakulam (selatan), keretapi ni ke Delhi (utara India nuuuun). Dan yang awak baring ni katil saya.."

Gelabah. Macam nak tercabut jantung dibuatnya. Macam babi terkejut.
Aku disuruh turun kat stesen berikutnya.
"Awak turun sini dulu, nanti keretapi awak tu lalu, awak naik lah"

Berlari turun keretapi bawak beg, jumpa ketua stesen, bertanyakan apa-apa yang patut.
"Keretapi tu memang lalu sini kejap lagi, tapi dia tak berhenti, sebab ni stesen kecik je".
Sekali lagi jantung aku bagai nak meloncat keluar.
Aku tak perasan apa yang pegawai keretapi dengan ketua stesen tu bincangkan. Kepala dah biol.
Kalau aku miss keretapi ni, alamatnya tiket flight aku esoknya bakal terkorban.
Aku orang terdesak. Aku seluk wallet, keluarkan not 100 rupee, "Encik tak boleh buat apa2 ke...?"
"Ok, jangan risau, saya akan call keretapi tu, supaya berhenti kat sini"
Sebenarnya, kalau aku tak bagi dia duit tu pun, memang dia call pun. Kiranya tak jadi lah rasuah, jadi lah token of appreciation je, hehe..

Naik balik keretapi tadi, bukak pintu keretapi yang tak menghadap platform. Pegawai tadi suruh aku tunggu tepi landasan.
"Nanti keretapi sampai, awak naik je mana2 gerabak. Next station, tukar naik gerabak sepatutnya."
"No snake??", aku tanya sambil tangan menuding ke arah landasan yang gelap.
"No, no. Don't worry, there's no snake".
Ye lah tu.


Campak beg. Terjun.
Melutut jugak lah masa landing. Aku kuatkan tapak supaya tak berguling badan, mengenangkan atas landasan tu penuh dengan najis orang. Berjalan tepi landasan yang penuh pokok semalu berduri, memang pedih. Macam haram.

Jam 12.30malam.
Keretapi mula2 tadi pun berlalu. Aku tunggu sorang-sorang tepi landasan. Bahagian tu tak ada platform, tak ada lampu, gelap. Yang ada cuma lalang sama tinggi dengan aku. Tak lama, dalam 10minit, datang seorang pakcik tua pekerja stesen bawak torchlight temankan aku.
Keretapi aku sampai akhirnya. Gila aku tahan keretapi macam tahan teksi je. Sebelum naik sempat aku hulur pakcik tu "token" sikit. Terima kasih.
Aku naik gerabak yang mula-mula, gerabak "General". Ada kerusi, tapi dah penuh. Bawah kerusi, ada orang tidur. Atas lantai, orang tidur. Tempat beg atas kepala, pun ada orang tidur. Aku berdiri tepi pintu, itu je tempat yang ada.

Sampai balik stesen Udupi, aku turun, berlari ke arah gerabak aku, belakang sekali. Tak sempat jugak, keretapi berhenti 2 minit punya pasal. Naik tengah-tengah keretapi balik. Aku cuba lalu ikut dalam kot-kot berjaya sampai belakang sekali, tapi sampai kat koc S9, pintu besi bertutup rapat. Tunggu lagi 30 minit.

Jam 1.30pagi.
Stesen berikutnya lah baru aku berjaya turun dan naik ke gerabak aku.
Ingatkan dah habis cobaan. Atas katil aku ada satu lelaki dalam umur 40-an tengah berdengkur. Aku kejut. Dia cakap,
"Boleh tak kalau saya baring sini dulu sampai Mangalore (lagi 1 jam). Kat situ nanti saya turun"
"NooooooooooOOOOOOOOOoooooooooooo...."

Dan akhirnya aku selamat tidur, lepas syok mandi. Mandi peluh.

Saturday, August 7

working hardly, hardly working

hari dmo, dan OPD. Sibuknya tak payah cakap.
rakan sejawat, tak nampak batang hidung (langsung).
aku dail, talian hayat.

panggilan pertama, diangkat.
cirit-birit teruk katanya.

panggilan kedua,
telefon bimbitnya (dah) dimatikan

esoknya,

"hey, i'm sorry about yesterday.." "what happened actually..?"

"..."


~~~~~~~~~~~~~


semua orang datang kerja pukul 8.
ward rounds pukul 8.30
dia datang pukul 9.

"Is there anything for me to do? What else to be done?..", tanyanya dengan prihatin.

"..." (audible voice)
"Owh yeah, there is. Go tuuuut yourself" (inaudible one..)


~~~~~~~~~~~~~


hari-hari boleh tukar muka
face-off
(lagi satu off taknak cakap..)

Monday, July 20

PISSED OFF


one thing that surely can makes me boiling is india's auto driver..
damn them !
can't wait for this rainy season to be over (for the same reason)
i've been here..like what...since 4 years??~
n yet they treated me like i just reach india yesterday;not knowing how much the NORMAL rate
(i'm talking about manipal's rate..forget about those metered-auto)
arguing with them will definitely shorten my life span by few years..
(seploh tahun gaknye)
but....cant simply tolerate that..!
extra 5 rupees is acceptable..not 15 rupees
(nampak sikit kan jumlah tu.. tp tengok contoh lain : katelah sekeping karipap saiz standard ~ 50sen .. bayangkan karipap tu dijual ngan harge RM 1.50.. hangin tak?walopun RM1.50 tu kecik je nilai nye )


seriously..i MISS my black marvel..
(kirannnnn...cepatla siapkan ! )


p/s: as usual..their excuse..''petrol price increased boss...''
(tak tau lak aku,harge petrol naik tiap2 hari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...