salam..
sabtu lepas aku pergi tengok Lagenda '09.
tahun ni,
- disekalikan dengan Malaysian Food Fest
- disertai rakyat2 dari serata Karnataka, yang memegang passport Malaysia (heh..)
..dan
sepanjang 4 tahun lebih duduk India ni jugak, ni baru kali ke-2 pergi Lagenda.
kali pertama, 2005 duluuuu..
sebab masa tu cuti, dan aku tak ada duit nak balik.
Yang banyak duit je balik masa tu, ha ha..
Yang lagi 3 tahun tu miss sebab
cuti + baru habis exam + dah ada duit (boleh balik, cian..)
Sebulan elaun rm350+/- sahaja (ketika itu)
Yang papa ni pergi turun Mangalore join lagi 5 orang 'Power Rangers' (kata Abe..)
buktinya dapat diperhatikan pada gambar di atas, di mana sekumpulan remaja lelaki menjadi pengunjung setia CC hostel Lalbagh, menggodam komputer & internet semahu-mahunya, selama-lama yang boleh.
Haram sekor tak ada laptop, ha ha..
Ini dah melalut jauh sampai mane daa..
Balik pada lagenda & food fest tadi, aku tak ada komen. Aku cuma beli soto ayam, kaya home-made yang slurp2, dan kuih tradisional Melayu.
Aku memang 'hantu' bab kuih-muih ni. Kasi cekodok pisang sebesen pun aku boleh habiskan.
Sendat tembolok.
Kuota untuk makanan lain-lain, aku mansuhkan.
Ikutkan hati rasa nak beli je sedulang kuih, tapi nanti malu pulak kat cik adik yang jual tu.
Hehe..