Showing posts with label Irshad. Show all posts
Showing posts with label Irshad. Show all posts

Tuesday, March 17

les animaux @ Zoo Negara

Salam.
Belum sampai Perancis. Tajuk sahaja difrancaiskan.

Jadi, mama anak saya busy dengan kertas exam nya, sampai hujung minggu terkorban dengan dia menelaah buku sambil suami dan anaknya menonton TV sampai muak.
Dipanjangkan cerita, cuti turut dipanjangkan lebih sehari berbanding hari sebenar peperiksaan, dan sampai lah kami bercuti hingga Selasa. Ayat apa ni..

Nak pergi Zoo, tengok panda. Ala, yang orang kecoh kecoh pasal mahal juta-juta tu. Zzz..
Tak perlu lah diterangkan dengan lebih lanjut kelebihan makan angin di tengah-tengah minggu ni.
Longang..

aku tak ingat sebarang memori pernah ke sini. Pertama kali ni. Dengan anak bini. Hi hi..

Mula mula, layan abang rimau dulu.
Irshad pandai buat bunyi rimau.. Grrr..

trivia : harimau boleh melompat sejauh kira kira 30 kaki
kolam : lebar 20 kaki je aku tengok. Ok, bye.

sekitar : bersih, kemas.
Cuma ada beberapa sektor masih kelihatan 80-90an

Gajah pulak, Pa..
Pergi zoo tak tengok gajah, memang le..

Irshad kena cekup buat photoshoot.
Staf situ panggil dia "Isha"

mahal kandang panda ni
air cond satu dewan 24/7 yo

cet, tidur je..


dapat buluh, bangun terus.
Dulu zaman sekolah dapat rotan, bangun terus jugak..

tidak dapat dipastikan sama ada mak ayah atau anak yang excited tengok panda ni..

Binatang lain, adaaa.
Tapi korang nak tengok ke, ha ha..
Bayaran total rm 50 termasuk melawat panda.
Kalau bayar rm 30 je sebab tak nak tengok panda, nanti kaciwa...

Wednesday, February 4

d lay ma

Salam.

Alhamdulillah, sekarang dah hampir siap proses nak pindah masuk rumah. Setelah setahun lebih dibiarkan tak berpenghuni sejak dapat kunci.
Lingkup juga duit EPF untuk proses masuk rumah ni. No play play.
Bajet kononnya nak menyimpan banyak, hampir-hampir tak dapat menyimpan.
Terima kasih kepada Microsoft Excel yang bertindak sebagai platform aku merancang perbelanjaan dengan begitu detail, sejak hari pertama berbelanja (untuk rumah).
Ada rakan sekerja tanya, "Tak beli phone baru ke..?"
Serius aku cakap, kalau telefon aku dulukan, terjejas lah cita-cita nak masuk rumah.
Rancang sebelum duit dapat dalam tangan, bukan selepas. Serius betul aku malam ni. Ha ha..

Berbalik kepada tajuk malam ni. Dilema.
Sudah setahun lebih berkhidmat di peringkat daerah ni, aku makin bingung. Antara perkembangan karier, dengan fokus pada keluarga.

1. Mohon buat program master, atau
2. Buat DFM (diploma family med), atau
3. Kekal MO kronik

Tahniah buat rakan sejawatan yang sudah mengorak langkah ke arah menjadi seorang bergelar pakar. Kagum gua sama lu. Komitmen yang diperlukan, membezakan antara "good & great".
Boleh saja mengurus keluarga dan mengejar cita-cita dalam satu masa.
Tapi aku tak yakin aku boleh masuk kategori tu. Tambahan, jauh di sudut hati ni, nak luang masa banyak untuk anak, macam mak ayah aku buat kat aku dulu.
Itu lah masalahnya. Mak ayah aku dulu cikgu.
Amboi, sedap je guna anak buat alasan tak sambung study, hehe..

cita-cita Irshad, nak tangkap burung tu..

-kl birdpark, nov 2014-


Cakap pasal anak, aku teringat dua minggu lepas, selisih dengan rakan sekelas darjah 6, dalam kedai barang bayi. (Sekarang terjumpa kawan-kawan kat kedai barang bayi je, ha ha).
Gatal mulut ni bertanya, dah masuk balik kerja ke belum. Dah lebih 3 bulan umur anak.
Dia jawab, dah berhenti kerja. Ya, berhenti kerja. Anaknya kembar.
Itulah impak anak kepada jalan hidup mak mak ayah ni. Buat keputusan paling menyesak dada.

Akhir kata, aku nak buat keputusan yang paling rewarding, untuk aku dan keluarga. Bukan untuk kebanyakan orang. Amin.



p/s : kawan-kawan futsal pun, dah lama aku tak join ni, dek ralit urusan rumah. Sorry geng, nanti aku qada'..

Monday, August 11

hijacked

Jam 3 pagi,
Baru tersedar, gosok gigi belum, kencing belum.
Sejuk kemain, tembak dek kipas meja straight tepi kaki.

PSP belum off, tergolek atas dada. Aku matikan, tolak ke bawah sofa, simpan.
Anak aku dah lena kat sebelah, dikepung bantal dan selimut. Wan eh selimutkan tadi agaknya.
Malam ni mama nya on-call. Kesian.. Jadi anak papa malam tu.


Selesai aku melabur kat tandas, nak sambung tidur..

nak alih kang dia bangun..
habih la den malam ni...

Sunday, August 10

b cut

b-cut...

jadi cam papa, susah nak cari kasut..




Monday, June 23

network not available

Cara untuk reply sms rakan yang tiada henti-henti mahu promo barang yang kita tak mahu beli.


"Message not sent."





Cuba promo benda camni, mesti aku tertarik sikit..

Sunday, February 23

intai

it's not about me
from now on, it's about him



joy of giving..
rezeki anak-anak.

Tuesday, December 17

stress. buster.

pesakit pagi ni, tak ada lah ramai sangat, sedang-sedang.
Tapi, semuanya ada isu-isu berbangkit, yang kena rujukan ke hospital la, kena suruh pergi buat x-ray la (kat hospital nuu),  kena minta appointment untuk ultrasound, kena start IV drip lah, kena itu, ini, itu balik.
Memakan masa nak selesaikan satu-satu pesakit. Kompleks.
Agak jonah klinik pagi ni. Kelam-kabut. Entah siapa datang kerja tak mandi pagi.. (fitnah..)

Sekali bini whatsapp ini,

muka lepas dapat susu..

Alhamdulillah..



p/s : papa duduk klinik layan anak-anak yang tak sihat.. demam, muntah, batuk, brrr..

Wednesday, November 20

it's a boy

salam..
Alhamdulillah, bini selamat beranak minggu lepas..
Dapat boy, 3.81kg. Dan semuanya berjalan lancar (alhamdulillah lagi..)

"hi mama, adik dah keluar, nak nen.."

Berulang-alik rumah mertua - Seremban sebab urusan rumah pun tak setel lagi
Cuti seminggu je, apply lagi seminggu.
Secara peribadi, aku rasa paternal leave seminggu tu tak cukup.
Bini sakit sana, sakit sini, sementara nak sihat sikit tu. Nak jaga (susukan, mandikan, bersihkan) bayi lagi. Takkan seminggu tu bini gua dah gagah..
Tapi nama je cuti, tapi letihnya kalah kerja seminggu, ho ho..
Tak pe, berbaloi..

Mmm, beli rumah, sakit kepala.
Nak isi rumah tu dengan barang-barang, lagi sakit kepala.

Grill  -  dah pasang. Biasa ka, wrought-iron ka, terpulang masing-masing.
Wiring  -  pun. Nak harap wiring asal, tak cukup. Satu bilik, satu power point. Ada rezeki nak pasang air-cond (kemudian hari) ..? Elok lah wiring ni awal-awal Esok-esok baru nak pasang, pening nanti, rumah semak, berdebu..

Kabinet, hood, hob,  -  baru habis pasang.. Kena admit, dapur adalah kawasan terpenting dalam rumah. Berbelanja lebih sikit untuk dapur, tak apa. Pelaburan jangka panjang. Bukan untuk nampak mewah, nampak gempak. Tapi untuk selesa dan selamat dipakai dalam jangka masa lama.

toksah dipetik petik, gas lun ado laie jang..


Langsir, perabot ruang tamu / bilik tidur, lampu, kipas, pemanas air, semua belum tersedia lagi. Perlahan-lahan isi rumah. Kewangan buat masa ni belum mengizinkan. Sabar..


Tapi, dalam list barang yang aku buat, hampir semua benda (aku rasa) aku dah masukkan.
TV je tak ada...
Tak tahu lah.. Tak rasa macam keperluan pulak. Melainkan nak tengok berita. Astro, jauh sekali...
Keputusan akan direvise kelak.



Moral of the story :
i) Orang-orang muda, pandai-pandai menyimpan, menabung sebelum kahwin.
ii) Jangan berbelanja besar  masa kahwin, permudahkan urusan nikah. Lepas berkahwin, laaaagi banyak nak pakai duit.
iii) Anyway, berkahwin lah. InsyaAllah rezeki akan bertambah lepas kahwin nanti.. Betuul..

Saturday, July 13

projek : keluarga

alhamdulillah..

..habis housemanship
..isteri berbadan dua, insyaAllah bulan sebelas nanti
 
..dan,
selesai urusan pembelian, ini rezeki anak kami..






perjalanan masih panjang..

macam mana sekali pun, alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...