Showing posts with label gugel. Show all posts
Showing posts with label gugel. Show all posts

Thursday, September 10

gugel



(pinjam istilah kak tijah..)

aku tak banyak baca buku, novel sebagai contoh
novel yang mula-mula aku baca pun, Jibam, tulisan Ujang.
dan tu lah jugak novel last sekali aku baca,
lepas tu tak ada dah.
aku boleh baca apa-apa aje, selain novel. kasihan..

2-3 bulan lepas (aku dah tak ingat)
masa turun mangalore
aku gatal tangan beli satu buku, "the gugel story"
orang lain baca buku, aku pun nak buat-buat baca buku.



tak ada apa-apa sangat.
Pasal kronologi search engine gugel ni, dan macam mana gugel boleh jadi femes macam hari ni..

2 orang pengasas gugel (keturunan yahudi) ni cakap,
kita puaskan dulu hati pengguna, lepas tu baru cakap pasal duit.
tapi kebanyakan orang, rembat duit dulu, pengguna puas hati ke tak, belakang kira.
chitpoodahh..

Untuk memastikan pengguna betul-betul dapat apa yang dicari,

pertama,
tiap-tiap 1 saat,
gugel memuat turun (bahasa baku gila) kira-kira 100 laman web dalam pelbagai bentuk,
berita, blog, flickr dan seangkatan.
apa-apa sahaja, dan di mana-mana saja, tiap- tiap hari
semua yang kita tulis/masukkan dalam internet, semua gugel salin & simpan dalam database diorang.
kalau lepas tu kita padamkan pun, buleh la puaskan hati sindri. tapi ada je menatang tu dalam internet. Pernah dengar istilah cache ?

kedua,
2 orang tu cipta teknik yang kompleks dalam search engine diorang ni.
search engine lain, taip "A", keluar semua pasal "A",
taip "B", keluar semua pasal "B".
taip "A B", gabung hasil carian untuk kedua-dua "A" dan "B" (iaitu A+B)

tapi gugel
guna logaritma (dan beberapa istilah matematik lain yang sepatah haram aku tak paham)
jadi hasil carian untuk "A B" tak sama dengan carian "A"+ carian "B"
contoh,
kau taip, "rashid", keluarlah macam2 rashid yang pastinya aku tak ada dalam senarai
tapi, kalau taip "rashid kacak", strett ko dapat blog ni,
kah kah kah...
main-main je. Tapi yang logaritma tu serius bang..
che ah konfem bengang ngan aku pasni.

p/s : dah masuk 10 hari last puasa, ingat2 skett..

Sunday, March 1

(r)asa (s)ayang (s)ayang eh

salam,
dulu dah den tulih,
ni tulih lagi, sobab ado yg tanyo..

RSS - really simple syndication

nak baca dalam Wikipedia pun buleh, tapi yang aku cakap kat sini, dipendekkan cerita lah.

ada website yg selalu kau baca,
dan tak nak ketinggalan isi kandungannya bila dikemaskini,
malas nak bookmark(kalau bookmark pun, tengok nanti bila laptop ko crash, semua benda hilang, brrr),
maka di sinilah datang perlunya nak pakai 'RSS reader'.

Jadi, setiap kali laman yang kita 'langgan' tu dikemaskini isinya, kita dapat tahu lah. Tak perlu nak lawat laman tu berulang-kali, tengok kalau-kalau tuan punya laman dah update ke belum. Hatta, kalau dia update beratus2 entri pun, kita takkan miss.. (stalker sungguh)

Ada macam-macam jenis reader ni, ada yang web-based, ada jugak yang dalam bentuk software, buleh install dalam komputer.
Aku? Guna GoogleReader. Sebab memang aku dah ada kaun Google, sebab pakai Blogspot (Blogger.com) ni.
Masukkan aje URL laman web yang kau suka, yang lain bisa diatur.
Tapi, ada sesetengah laman web yang memerlukan kita guna "URL khas" untuk langgan isi kandungan laman tu. URL yang lain daripada URL utama laman web. Untuk tujuan ini, cari tulisan


RSS


atau logo ini



copy URL dalam adress bar kat atas tu, dan masukkan dalam RSS reader. Siap.

Akhir sekali, ikut memasing la nak buek cemano pun. Tak pakai pun tak apa, nak pakai bookmark2 je pun buleh. Selera masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...