selalu nak menconteng kat sini, tapi tak jadi.
sebab, letih / malas.
minggu lepas aku masuk kursus "basic & advanced life support".
semua intern diwajibkan masuk, tak ingat sejak bila diorang wajibkan,
setahu aku, benda alah ni dulu sesiapa yang berminat je memohon.
2 hari kursus,
selasa : basic life support (BLS)
jumaat : advanced life support (ALS)
pendapat aku lah, barang siapa yang berkesempatan untuk masuk kursus ni, sila lah berbuat demikian. Terutama sekali bahagian "basic life support" tu. Yang "advanced" tinggalkan lah pada yang pakar, tu kompleks, kitorang pun kadang terkial-kial lagi. (Nak belajar pun tak apa, laaaagi bagusss..)
Elemen paling penting : high-quality-CPR(cardio-pulmonary resuscitation), ini diajar dalam BLS
SESIAPA SAHAJA patut masuk & belajar.
sebab? Ianya PENTING, dan MUDAH.
Contohnya kalau ada kengkawan/sedare mare yang tiba-tiba rebah / pitam / tak bernapas, sementara nak menunggu ambulans/paramedik/dokterr, buleh lah anda menjadi
ingat tadi nak tulis langkah2 kat sini, tapi kang ada kata tak payah la gi kursus, semua den dah tulis sini, aa tak jadi lah den tulis kek sini.
PERGI ya, baca je kalau tak berguru, tak cukup..