Showing posts with label mukabuku. Show all posts
Showing posts with label mukabuku. Show all posts

Friday, November 29

kami mahu

assalamualaikum.

Tak ada sesiapa pun suka, gembira, riang, menunjukkan alat sulit kepada orang lain (laki bini tu lain cerita, dan lagi satu, ohh, orang gila).
Baik perempuan, mahupun lelaki.

Isu dr lelaki di wad bersalin ni, makin kerap diutarakan dalam media sosial.
Terbaru, ada petisyen, boleh baca sendiri, senang je nak cari.
Secara kasarnya, menggesa dibuat polisi supaya staf wanita sahaja bertugas atau diberi keutamaan bertugas di tempat tersebut.
  (Orait..)
Menyuruh staf kesihatan meningkatkan kefahaman tentang aurat ketika bersalin.
  (Aurat bukan setakat dijaga ketika bersalin je, sepanjang masa sepatutnya..)
Dan tidak memberi apa-apa insentif kepada dr lelaki yang bertugas di jabatan O&G.
  (Woooooww.. ini zalim)

Saya geleng kepala.
Saya tidak mahu bertelagah dengan pembaca yang tak sependapat.
Cuma sedikit pengalaman ingin dikongsi.

Ketika zaman h.o. ('hamba of') dulu, ketika 'on-call' (5pm-7am), saya berseorangan menjaga satu wad, berisi seramai 40-50 orang pesakit. Ini dikira mewah memandangkan zaman sebelumnya cuma seorang h.o. untuk DUA wad.
Mencatat dalam fail, memeriksa setiap pesakit, bermula seawal jam 5 petang, sampai lah kadang-kadang ke pukul 8-9 malam. Itu pun kalau tak ada apa-apa kecemasan berlaku.Tak campur kes yang baru masuk wad lagi.
Memeriksa 'bukaan bawah' pesakit yang tengah sakit nak meneran,  satu keperluan, supaya tahu apa langkah seterusnya. Bukan boleh ditilik-tilik macam pak nujum.
Dalam keletihan berjaga sepanjang malam, memikirkan bermacam-macam perkara nak diselesaikan. Susah hati. Berdebar sampai pagi. Nyawa pesakit, nyawa kandungan. Makan pun miss. Kencing ditahan-tahan. Busy.
Tak ada sekelumit pun rasa suka, syok, atau naik ghairah ketika mengendalikan pesakit-pesakit tersebut. Letih sangat. Yang ada dalam kepala, nak selesaikan cepat-cepat & selamat. Dan chow.
Pesakit memang rasa malu.
Tetapi prosedur yang kami buat itu perlu. Perlu untuk pesakit ketika itu, dan perlu untuk kami, di masa-masa yang akan datang.

"dr miang in da house", fikir mereka..


Saya kira, jika hanya dr wanita dibenarkan bertugas di wad bersalin, maka mereka perlu on-call lebih kerap, stay-up di hospital malam hari, memandangkan jumlah staf telah susut, berikutan larangan dr lelaki bekerja di wad bersalin.
Dr wanita pun ada keluarga, suami, anak-anak yang nak dijaga di rumah. Berkorban.

Dr lelaki yang ditugaskan di klinik kesihatan yang kecil, berseorangan. Banyak ibu-ibu mengandung yang perlu antenatal check up. Jika dr lelaki dilarang bekerja di wad bersalin, manakan dapat ilmu & kemahiran untuk mengendalikan kes berkaitan..
Jika dr lelaki dilarang mengendalikan kes O&G, bukan hospital sahaja, satu Malaysia ni ribut, nak dicari dr wanita untuk dihantar ke seluruh pelusuk yang memerlukan.
Pengetahuan & kemahiran asas O&G ini wajib untuk semua dr, tanpa mengira jantina. Jadi, kehadiran dr lelaki (terutama dr pelatih) di wad bersalin memang tak boleh dielakkan. Tambahan, pakar dan konsultan lelaki dalam bidang ini, nak di suruh ke mana.
Ada terbaca tentang pihak yang mencadangkan penggunaan patung sebagai ganti pesakit. Maaf lah, kami berurusan dengan manusia. Andai latihan dengan patung, saya tak fikir pesakit gemar dilayan seperti patung kelak.

Perlu diingatkan, bukan semua dr wanita minat/mahu memasuki bidang ini. Ia sangat sibuk dan, mmmmm, apa orang putih cakap, demanding..

Tanyalah pada dr wanita muslim,
- mereka pernah hidup berpuluh tahun sebagai orang biasa (layman) sebelum bergelar doktor
- mereka sendiri bekerja dalam sistem khidmat kesihatan ini
- mereka sendiri pernah jadi pesakit (ibu yang melahirkan) di hospital kerajaan
- mereka seagama dengan penyokong petisyen ini (jangan dituduh mereka cetek ilmu/penghayatan agama/sekular)
Oleh itu saya amat yakin, kalau pembaca enggan menerima tulisan saya, sekurang-kurangnya mendengar pandangan golongan (dr wanita) ini, memandangkan mereka boleh melihat isu ini dari keempat-empat perspektif.

Usaha ke arah menambah dr wanita dalam bidang ini memang sudah ada, fitnah lah kalau kata  tiada. Cuma ia mengambil masa.

Akhir kata, bagi yang menyokong petisyen tersebut, sila lah.
Cuma ini pesan saya:
i) Boleh minta dr wanita. Jika ada, ada lah. Jika tiada pada ketika itu, usah lah marah. Tenaga kerja (masih) belum cukup.
ii) Bagi yang berkemampuan, silalah ke institusi perubatan yang menawarkan semua staf wanita di wad bersalin.. Bukan pilihan popular, tapi jika mampu, apa salahnya.
iii) Galakkan anak atau anak saudara perempuan menyertai perubatan. Galakkan dia masuk O&G khususnya. Doktor tak cukup. Dan tidak pula doktor itu tumbuh di atas pokok / tepi jalan..
iv) Keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah top priority. Penuhkan waktu menunggu isteri bersalin dengan solat hajat. (pesan Warie). Bukan dengan kerisauan "dr lelaki ke perempuan"..


bacaan berkaitan:
'Lip Service'
'doktortime'




p/s: lelaki bermasalah di kemaluan pun tak nak dr wanita memeriksa. Tapi jangan lah itu dibuat petisyen juga..

Thursday, October 31

jijik



tak kisah,
kalau melayan pakcik makcik, uncle auntie, sampai dekat 20 minit,
asalkan diorang dapat, masuk dalam kepala, bila, banyak mana nak makan ubat.
kalau pesakit lain nak complaint sebab lama menunggu pun.
sebab berbaloi.

tak kisah,
melayan budak kenit-kenit, budak sekolah sekolah yang tak tahu nak cakap apa bila masuk bilik aku,
sebab aku tahu memang budak-budak ni datang sebab tak sihat.

tak kisah,
kalau kena rujuk kes-kes yang perlu rujuk, ke hospital
bertekak dengan m.o. hospital yang tak nak terima kes.
sebab kalau benda sama jadi kat family sendiri, maunya aku tak berkeras.

tak kisah,
kena buat 'home visit', untuk pesakit-pesakit yang dah tak mampu nak bergerak ke klinik
stroke, miskin, sebatang kara, masalah psikiatri.
sebab, entah-entah esok hari kita, mana tahu.

tapi,
peminta sedekah MC ni yang buat aku rasa jijik.
sebab kau rasa malas nak bekerja hari tu, datang mintak MC.
nak ponteng, ponteng je lah. Tak payah seret orang lain, paksa bagi MC.

Kadang-kadang aku bagi je.
Sebab, bertekak dengan manusia-manusia macam ni, hilang mood nak bekerja, kesian pesakit yang lepas tu, tak adil nanti.
Sebab aku nak manusia ni cepat berambus, orang lain lama menunggu.
Ubat pun kadang-kadang aku tak bagi. Stok ubat terhad, simpan untuk yang betul-betul sakit. Bukan untuk buat 'wayang' depan bos diorang.
Aku tak ada doa yang baik-baik untuk manusia macam ni. Maaf lah..

Jangan bising dalam media sosial pasal harga barang naik, duit gaji tak cukup.
Kerja lah apa-apa sekali pun. Bukan duit gaji tak cukup. Tak berkat.
Kerja asyik mengelat.


kalau nak MC, berlakon macam ni la, baru real..

Wednesday, July 7

karangan

salam

saya ada blog.
atas sebab yang tak dapat dipastikan, saya suka untuk ada satu, hobi.
tapi kawan-kawan saya bukan semua baca blog saya.
adat lah, bukan hari-hari mereka hadap komputer, internet.
bukan semua suka atau minat apa yang saya tulis
bukan mereka semuanya tahu pun saya ada blog
banyak lagi kerja berfaedah boleh dibuat.

lalu pada satu ketika saya masuk blog paling popular hari ini
iaitu facebook
hari-hari orang kemaskini status, masukkan gambar, komen sana-sini
dan pelbagai aneka ragam lagi
bagus, semua kawan sekolah/kolej ada di situ
yang ada dalam friendster semua dah cabut pergi FB
lengang friendster.

kemudian saya ada twitter
kenapa?
saya suka nak kemaskini status, tapi melakukannya di FB,
saya rasa kurang senang (copy-and-paste semula ayat di atas)
bukan hari-hari mereka hadap komputer, internet.
bukan semua suka atau minat apa yang saya tulis
bukan mereka semuanya tahu pun saya ada tulis
banyak lagi kerja berfaedah boleh dibuat.
(tambah), melontar pendapat / status rambang di hadapan 400+ 'friends' yang tak friend mana pun,
boleh menimbulkan "Like" dalam 7-8 orang..
..dan "Dislike" dalam 70-80 orang lain pula
saya rasa kurang senang (copy-and-paste semula ayat di atas)



"masa tidur pun saya boleh update status facebook lagi, hebat bukan"

dengan ber'tweet'2, yang nak follow saja akan baca racauan saya
tapi, bukan semua kawan pula ada twitter..

kemudian datang pula orang suruh kita masuk "FB untuk muslim"
suruh kita masuk WRM
suruh kita masuk LinkedIn
suruh kita masuk itu ini pot pet pot pet pet pet....
berapa banyak nak kena masuk daa...

dah, cukup. Disimpulkan di sini,
saya cuma mahu
keep in touch
bukan
touch others' heart in a wrong way..wujudkah frasa di atas, saya tidak tahu, saya main bantai sahaja..

p/s : kepada yang berkenaan, maaf zahir & batin~

Saturday, October 31

dia datang cakap..


"terima kasih ya sebab tag gambar saya dalam facebook"

"...."



p/s : budi bahasa terlampau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...