Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, March 17

les animaux @ Zoo Negara

Salam.
Belum sampai Perancis. Tajuk sahaja difrancaiskan.

Jadi, mama anak saya busy dengan kertas exam nya, sampai hujung minggu terkorban dengan dia menelaah buku sambil suami dan anaknya menonton TV sampai muak.
Dipanjangkan cerita, cuti turut dipanjangkan lebih sehari berbanding hari sebenar peperiksaan, dan sampai lah kami bercuti hingga Selasa. Ayat apa ni..

Nak pergi Zoo, tengok panda. Ala, yang orang kecoh kecoh pasal mahal juta-juta tu. Zzz..
Tak perlu lah diterangkan dengan lebih lanjut kelebihan makan angin di tengah-tengah minggu ni.
Longang..

aku tak ingat sebarang memori pernah ke sini. Pertama kali ni. Dengan anak bini. Hi hi..

Mula mula, layan abang rimau dulu.
Irshad pandai buat bunyi rimau.. Grrr..

trivia : harimau boleh melompat sejauh kira kira 30 kaki
kolam : lebar 20 kaki je aku tengok. Ok, bye.

sekitar : bersih, kemas.
Cuma ada beberapa sektor masih kelihatan 80-90an

Gajah pulak, Pa..
Pergi zoo tak tengok gajah, memang le..

Irshad kena cekup buat photoshoot.
Staf situ panggil dia "Isha"

mahal kandang panda ni
air cond satu dewan 24/7 yo

cet, tidur je..


dapat buluh, bangun terus.
Dulu zaman sekolah dapat rotan, bangun terus jugak..

tidak dapat dipastikan sama ada mak ayah atau anak yang excited tengok panda ni..

Binatang lain, adaaa.
Tapi korang nak tengok ke, ha ha..
Bayaran total rm 50 termasuk melawat panda.
Kalau bayar rm 30 je sebab tak nak tengok panda, nanti kaciwa...

Friday, February 27

kerusi batu

ding dong...
Loceng rumah berbunyi.
Sorang mamat berdiri luar pintu pagar, sambil kawannya sorang lagi tunggu dalam lori 1 tan. Enjin tak dimatikan.

"Be, kalu letok kerusi batu situ comey be.", sambil telunjuknya ke arah laman aku.
"Muroh ja, seratus riya", menambah.

Ada 4-5 set kerusi meja batu atas lorinya.

"Hehe, takpo la, toksey. Pitih takdop. Mekasih..", aku balas, buat-buat Kelantan.

Dia senyum dan mengangkat sebelah tangan, sebelum pergi.
Beri salam rumah sebelah pulak, kot-kot ada yang nak membeli.

Gigih. Proaktif.
Bagus kalau usahawan semua macam ni. Kalau sehari dapat tolak satu set, itu pun dah kira bagus. daripada dibiar aset-aset tu berkulat dalam kedai/nursery.

Untung rugi, saya tak kira.
Usaha anda, saya bagi, lima bintang.

Abang, ini bukan kerusi batu.
Ini batu betul..



Monday, August 18

telaga tujuh


bila lagi mau jalan jauh-jauh ni...


panjat dulu sebelum sampai..


hah, belum sampai...




Mmmm...
meluncur ke bawah. destinasi selamanya..
(Langkawi, Mac 2013)


Sunday, February 23

intai

it's not about me
from now on, it's about him



joy of giving..
rezeki anak-anak.

Monday, March 4

avi

assalamualaikum..

- alhamdulillah, aku dah selamat bernikah disember lepas..
terima kasih kepada yang datang, mengucapkan, mendoakan, meraikan, memakan.
..dan maaf kepada yang aku jemput last2 minit guna fesbuk.
.. dan maaf juga kepada yang aku tak sempat beritahu, sebab kelam-kabut juga nak me'nyetel'kan urusan kahwin ni..

berikut adalah 'mini getaway' dengan bini..
dokek yo... sotongah jam..


yang tu bukan bini den...



menuju 'syorga' kami..


jeng jeng jeng...



ngadap la pueh-pueh

selat


muhasabah diri. tipu..





hik hik..


tengok2 sikit..


spot lain..











kampung. kampung satu malam..


siang penuh budak (& mak budak) mandi..


malam. orang belum ada budak duduk dating, hihi..


adult pool. Content pun adult gak..


sebelum sarap





bini


orait, bye..


doakan den dapek family yang soleh..insyaAllah.
free2 sok upload gambar kahwin.
kalau free...
lopeh ni ED. Brrr....

Sunday, April 22

kashmir - gulmarg

salam..
siaran tertunda.
abe, teramat-amatlah ingin, pergi ke destinasi ini. Kashmir.
Sebelum balik Malaysia, kita mesti pergi." katanya.
maka pergi lah kami, kerana kata diri ini pula,
"Apa salahnya."

tanpa mengikut sebarang turutan peristiwa, ditempelkan di sini beberapa dari beribu imej yang dirakam.
Gulmarg, antara lokasi "mesti pergi/lawat/nikmati" di Kashmir. Sebagai pembuka siri..

orang-orangnya..
baju tebal memang "standard". sejuk.


ini pemandangan biasa.
Askar berkawal.
"full-gear" 24/7. Gerun..


perjalanan naik.


ketika ini, hati sudah meloncat-loncat..


baju sejuk boleh sewa.
tak nak pun tak apa, kalau badan tebal.


kereta kabel tertinggi di dunia
saya sudah menaikinya.
Ya, terima kasih.


dua stesen sebelum sampai puncak
nak main ski buleh.
tak ada masa. Tiket ada 'time limit'. Cet.


pokok2 mengecil. Jauh.


meninggalkan stesen pertama


sudah atas awan.
oksigen ada sikit kurang
ah, persetankan. dah sampai.


abe. ketua rombongan.
objektif terlaksana.
terharu sekejap..


return of the jakuns..


baling. jangan tak.


the jakuns and snow..



cukup masa. meninggalkan puncak.
bye..


lapar.
Ini penawarnya.
Yang putih tu manis. Macam cendol..


hot & cold


"pandang tak jemu"


silau mata pun silau lah. bukan selalu.
boleh datang lagi. Mmm..


kat mana-mana pun ada askar.
jangan bimbang.
insyaAllah. Tempat ini selamat..



siri akan disambung ketika penulis rasa-rasa rajin nak 'upload' gambar..
sekian buat masa ini.
terima kasih~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...