Showing posts with label psy. Show all posts
Showing posts with label psy. Show all posts

Sunday, October 24

himpunan cerita pendek

amaran : cerita berikut dijamin tidak mendatangkan sebarang faedah


~~~~~~~~~~~~~


kurang kerja, memang tak belajar apa-apa
nama PG sekali satu unit pun aku dah lupa
boleh menyelami perasaan jadi batu tepi jalan.


~~~~~~~~~~~~~


jabatan yang tenang
datanglah walau selaut manusia, semuanya masih tenang
nak balik awal pun boleh, tapi
boss baik gila, bersungguh mau ajar, tunjuk macam-macam
sampai hati nak blah awal?
balik awal pun apa guna, golek-golek je, ngadap internet
kalau dah kahwin lain lah, kikiki...


~~~~~~~~~~~~~


Berjalan pulang lepas seharian yang sibuk di OPD,
anda akan disirami perasaan yang sangat indah,
ruang legar OPD yang lengang lepas padat dengan manusia sejak pagi,
jadi lukisan tercantik untuk hari itu,
masa inilah terjumpa, bertegur sapa dengan orang-orang yang kita pernah sekali kerja dulu.

Tengah berjalan, ada orang melaung,
dongak ke tingkat 3 bangunan ward,

"Hi there, hellooooooo", mamat berbaju merah melambai-lambai.
Aku tak berapa cam muka, lambai je lah balik.
Sambil memikirkan, siapakah gerangan.

Selesai 2-3 langkah, dah tak pikir dah.
Tingkat atas sekali, ward psikiatri..


~~~~~~~~~~~~~

ini jabatan aaa..
untuk orang yang..
..berjiwa kental, bertelinga tebal.


~~~~~~~~~~~~~


Sambil tunggu boss, tengok TV dalam ward.

"Breaking News"

Anjing menyusukan 2 ekor anak babi.



Ingatkan berita menara 100 tingkat je boleh masuk TV..

Sunday, June 6

series : 25

mereka panggil ini "ooty apple "
(kita panggil...)

comel kan buah ni
gedebab dua kali ganda buah ceri je

ah, cinta betul aku nak mengisi proforma 25 muka surat bersaiz A4.
jabatan yang pesakitnya, lebih menjurus kepada isi tengkorak
dan kadang kala (orang kata) melibatkan hati.
kesian ada, marah ada, kelakar pun ada.

sudah tinggal separuh..

duduk dengar cerita
cerita-cerita yang orang lain tak mahu dengar
cerita boleh jadi berjela-jela lajak 3 jam ala-ala filem hindustan
tulis laporan dalam kertas berkajang-kajang, lenguh tangan
mereka tak main-main sakit,
kita main-main jangan..

cukup seminggu kerja,
sendiri pun boleh jadi pesakit..



p/s : live to serve..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...