Wednesday, March 18

dalam pantang

Salam.
Tak ada nya dalam pantang. Anak aku dah setahun 4 bulan, berlari-lari dia.

Bini & anak dah tidur, bosan tak tahu nak buat apa.
Apa kata aku senaraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat di klinik, walaupun tak ada tertulis undang-undang mengenainya. Agar lancar proses anda sepanjang di situ.

1.   Minta MC sebelum ceritakan masalah kesihatan / pemeriksaan.
Terbit prejudis bahawa anda tak sakit sebenarnya, cuma mahu cuti. Ya, kami pegawai perubatan, cuma manusia biasa.
Tips : Mohon MC selepas anda diperiksa. Percayalah.

2.   Mohon MC untuk hari/minggu sebelum rawatan di klinik.
Datang klinik hari Jumaat, tapi minta MC sejak Khamis, atau Rabu. Alasan, majikan nak bukti dia sakit sejak Rabu, 3 hari dah tak masuk kerja.
Err, saya pun nak bukti awak sakit sepanjang tempoh itu. Pengesahan bertulis dari klinik/hospital lain ka. Modal air liur, tak layan.
 Tanpa bukti kehadiran ke klinik untuk hari MC yang dipohon, anda berkemungkinan berada di mana- mana sahaja di pelusuk muka bumi ini, melakukan pelbagai perkara, termasuk lah kegiatan jenayah. Don't play play..
Tips : Sakit hari Selasa, datang terus klinik hari Selasa. Alasan pitam sepanjang hari tidak diterima. Apa alasan sekali pun.

tiga hari dah saya tak masuk kerja, selsema, serius...
main air punya pasal.


3.   Terjah masuk bilik doktor, tanya, "Lambat lagi ke, suami saya nak pergi kerja sekejap lagi.."
Senang cerita, nak dilayan cepat, datang awal.
Kita tak boleh cincai rawat pesakit lain (yang datang awal) sebab nak cepat, semata-mata nak melayan pe'el orang dah lambat nak pergi kerja, dah lambat nak naik flight dan seribu satu alasan lagi. That's unfair, man..
Servis murah RM1, mestilah ramai orang lain nak pakai jugak.
Tips : Bangun awal. Datang awal.

Oh lagi satu, perlakuan itu sungguh tidak menghormati pesakit lain yang sedang dirawat dalam bilik itu. Kalau dia tengah bukak baju, amacam?!!

4.   Persoal kenapa ada pesakit lain dilayan terlebih dahulu.
Ini bukan kaunter bank / pejabat kerajaan yang lain.
Kes kecemasan didahulukan. Tak sama sakit jantung dengan demam, batuk selsema.
Pesakit psikiatri tak selamat dibiarkan menunggu lama di celah awam.
Ibu & bayi dalam pantang datang sebab jaundis tak boleh dibiarkan lama-lama menunggu.
OKU & warga emas diutamakan.
Ingat lah, bukan pesakit je, kami laaaaagi nak cepat cepat clear kan pesakit dari klinik.
Tips : Tak ada tips. Yang ini bergantung pada rezeki masing-masing.

kalau comel, dapat masuk dulu tak.. hi hi..


5.   Enggan dirujuk ke hospital / Dr pakar.
Seboleh-boleh nya, kami tak mahu merujuk anda ke hospital. Susah. Kena telefon doktor di hospital, kena buat surat (yang kadang-kala panjang berjela), kena buat ujian darah/kencing/ECG, kena dapatkan tarikh temujanji.
Jadi, apabila dirujuk ke hospital, itu bermakna anda memang BENAR-BENAR PERLU ke hospital. Keengganan anda akan membuatkan kami kecewa, dan terasa sungguh membuang masa, tenaga, sumber.
Tips : Minta Dr jelaskan sebab dirujuk.

6.   Hilangkan surat rujukan.
Ini dah diterangkan tadi. Usaha akan terbazir.
Datang semula ke klinik minta dibuat semula surat rujukan, daripada dr lain pulak tu, yang tak tahu hujung pangkal.
Surat itu sepenting surat tawaran bekerja/ tender / sijil nikah / dll.. Berkaitan kesihatan & nyawa. Simpan dengan baik.

7.   Nak dengar yang sedap sahaja.
Dah berjumpa dr pakar, akan tetapi enggan menerima nasihat/rawatan yang ditawarkan, balik ke klinik kesihatan, minta nasihat dari dr yang 'kurang' pakar ni.
Logik apa tu..

8.   Datang hujung waktu.
2 minit tinggal. Kaunter pendaftaran dah tutup. Farmasi dah kemas nak tutup. Makmal pun.
Anda baru tiba dengan masalah kesihatan yang dah ada sejak 2 bulan lalu.
Tidak hormat waktu bekerja orang lain.
Tak boleh beri rawatan kira cincai. Tak selamat untuk kedua-dua staf & pesakit.
Tips : Datang awal.

9.   Minta buat surat.
Dulu dia operate di Sarawak, lepas tu sambung rawatan di Pahang, rujuk ke Kelantan, dan kali terakhir di Johor. "Dan boleh tak Dr keluarkan surat mengesahkan saya sakit sekian sekian sekian dan sekian."
Tak boleh.
Sila mohon dari dr terbabit atau dari klinik/hospital yang merawat.
Kalau esok saya nak keputusan peperiksaan anak saya, takkan saya nak tanya di sekolah yang dia tak pernah belajar..

betuuuuuulll tuan, percayalah....


10.   ..akan bersambung kalau ada lagi yang aku ingat..

No comments:

Post a Comment

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...