Showing posts with label ulat bulu. Show all posts
Showing posts with label ulat bulu. Show all posts

Monday, March 4

avi

assalamualaikum..

- alhamdulillah, aku dah selamat bernikah disember lepas..
terima kasih kepada yang datang, mengucapkan, mendoakan, meraikan, memakan.
..dan maaf kepada yang aku jemput last2 minit guna fesbuk.
.. dan maaf juga kepada yang aku tak sempat beritahu, sebab kelam-kabut juga nak me'nyetel'kan urusan kahwin ni..

berikut adalah 'mini getaway' dengan bini..
dokek yo... sotongah jam..


yang tu bukan bini den...



menuju 'syorga' kami..


jeng jeng jeng...



ngadap la pueh-pueh

selat


muhasabah diri. tipu..





hik hik..


tengok2 sikit..


spot lain..











kampung. kampung satu malam..


siang penuh budak (& mak budak) mandi..


malam. orang belum ada budak duduk dating, hihi..


adult pool. Content pun adult gak..


sebelum sarap





bini


orait, bye..


doakan den dapek family yang soleh..insyaAllah.
free2 sok upload gambar kahwin.
kalau free...
lopeh ni ED. Brrr....

Monday, August 16

rezeki

gambar hiasan (lagi)


sementara menunggu nak berbuka
loceng rumah berbunyi

ada seorang junior perempuan datang,
hantar home-made cheesecake.

"Rezeki mu Be. Sampai2 Manipal ada orang bagi cheesecake."

"Rezeki? Yang mana satu..?"


(..dua orang lelaki g***l ketawa sama-sama)

Friday, May 14

saya suka perempuan

wa suka perempuan
walaupun lima tahun wa sekolah (semua) jantan
hati & naluri wa tetap pada perempuan
tambah-tambah kalau yang comel,
ha ha..

tapi..
takkan semua perempuan yang lawa
lu mau ambil no telefon (ikutkan wa pun mau, hihi..)
lu ingat nanti lu buleh tiba-tiba stop kaawek/tunang lu, buat tukun

wa harap wa tak jadi macam tu
sebab hari ni wa yang cakap,
mana la tahu, esok-esok wa lagi teruk daripada lu..
itu biasa berlaku..


berkahwin itu baik untuk kesihatan
tahniah kepada yang sudah melaksanakan..

Monday, October 5

orangnya "haji" juga, namanya pun ada 'khil' 'khil' kalau tak salah



(sekadar gambar hiasan..)

"joy of giving" week, 27 sept - 3 okt, India


tengok iklan dalam tv minggu lepas..

1.
seminggu? buat baik berpada-pada kot..

2.
pendapat ni sungguh peribadi,
tapi, aku rasa, beza orang dewasa dengan budak-budak,
orang dewasa akan rasa seronok / puas hati untuk "memberi",
dalam apa bentuk sekali pun.
makanan, tenaga, wang, masa, nasihat (berguna)

jadi, kalau kita masih nak sedapkan badan sendiri, hati sendiri, lantak lah orang lain bersusah-payah pun tak apa,
atau dalam bahasa lain, asyik nak "memangkah" je,
consider lah diri tu budak-budak lagi..

mungkin kebanyakan daripada kita belum dewasa, cuma sudah rasa gatal mau kahwin sahaja.
aku?? mana ada...
ha ha..
kahwin itu bagus ya adik-adik..

3.
"joy of learning", yang ini (seperti sudah) tak ada. Aku ada satu kawan sekolah rendah dulu, perempuan, punya minat belajar.
"Kalau kau boring2, kau buat apa?", aku tanya.
"Baca buku lah."
"Buku cerita?"
"Buku teks belajar tu lah."
Memang kitorang ternganga bila dengar.
Padan pun dia bijak kemain..


p/s : tidak hidup beribu tahun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...