Showing posts with label sas. Show all posts
Showing posts with label sas. Show all posts

Thursday, September 30

muse



"meh la join, kitorang takde dak laki nak dance sekali"

maka ikutlah 5 orang budak laki ni naik ke kelas yang dah ditolak ke tepi semua kerusinya, nak dibuat tempat berlatih. Lot rumah kedai.

Dah koreografer tunjuk basic2, ikut sama menari 5 mangkuk ni tadi.
Tak lama, keesokannya 2 orang tarik diri, alasan tak dapat nak ikut lah, badan keras lah, itu lah, ini lah. (den tau ekau baco ni) Dah laki, memang le badan keras, bahagian yang tak keras pun (enggan mengulas lanjut..)

Tinggal la 3 ekor je jantan kena menari. Celaka betul.

kitorang menari je malu-malu
suruh nyanyi, huh, mic pun boleh tak cukup..



Takpe, aku bukannya benci sangat pun benda2 ni. Sekolah dulu ada jugak masuk tarian inang, boria, ha ha.. Best woo boria, boleh buat apa-apa gaya yang ko suka atas pentas tu. Lantak lah orang kat bawah nak cakap ape pun. "Borai" maknanya "gila". Geng lain yang masuk pun bukan orang lembut-lembut. Memasing main ragbi untuk WP ke MSSM, kadet tentera, dll.
Masuk form 4 je aku lompat masuk dikir barat. Sebab ade satu geng bapok masuk boria, geli I tau.. =p

Itu cerita dulu.
Teringat sebab tengok cerita ni, ada menari-nari..
(abaikan aksi-aksi 'dewasa' itu..)

Friday, June 11

oh abang

kikiki..


salam.

masa form 1 dulu, kena mintak tandatangan abang-abang form 5.
ikut rumah sukan masing-masing.
kalau form 5 dalam rumah sukan kita tu ramai,
ramai lah yang kita kena pergi mintak
kalau sikit, sikit je lah
nasib-nasib.

yang baik, dia tandatangan je terus
yang cibai sikit, tahniah ya tuan.
sebelum tandatangan, ada tugasan pelbagai aneka

nyanyi negaraKu (kain pelikat kat badan jadi bendera, naik slow2),
dapat 1-2 baldi baju kena basuh ke,
belanja burger,
ambil air panas kat dewan makan ke,
dan macam-macam lagi, ikut otak Serbia diorang..

tapi tu semua, optional je.
muka surat abang-abang tu nak sign mesti ada yang ini;

1. Nama penuh
2. Asal
3. No I/C
4. Nama awek(s)
5. No. dobi
6. Saiz kasut/selipar
7. Kelas (f1-f5)
8. Dorm (f1-f5)
9. Jawatan (f1-f5)
10. Iras-iras
11. Slogan :
Saya tidak dapat hidup di Alam Shah tanpa abang kerana... (tidak kurang daripada 50 patah perkataan)



p/s : sekolah anak setan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...