Showing posts with label seremban. Show all posts
Showing posts with label seremban. Show all posts

Wednesday, November 20

it's a boy

salam..
Alhamdulillah, bini selamat beranak minggu lepas..
Dapat boy, 3.81kg. Dan semuanya berjalan lancar (alhamdulillah lagi..)

"hi mama, adik dah keluar, nak nen.."

Berulang-alik rumah mertua - Seremban sebab urusan rumah pun tak setel lagi
Cuti seminggu je, apply lagi seminggu.
Secara peribadi, aku rasa paternal leave seminggu tu tak cukup.
Bini sakit sana, sakit sini, sementara nak sihat sikit tu. Nak jaga (susukan, mandikan, bersihkan) bayi lagi. Takkan seminggu tu bini gua dah gagah..
Tapi nama je cuti, tapi letihnya kalah kerja seminggu, ho ho..
Tak pe, berbaloi..

Mmm, beli rumah, sakit kepala.
Nak isi rumah tu dengan barang-barang, lagi sakit kepala.

Grill  -  dah pasang. Biasa ka, wrought-iron ka, terpulang masing-masing.
Wiring  -  pun. Nak harap wiring asal, tak cukup. Satu bilik, satu power point. Ada rezeki nak pasang air-cond (kemudian hari) ..? Elok lah wiring ni awal-awal Esok-esok baru nak pasang, pening nanti, rumah semak, berdebu..

Kabinet, hood, hob,  -  baru habis pasang.. Kena admit, dapur adalah kawasan terpenting dalam rumah. Berbelanja lebih sikit untuk dapur, tak apa. Pelaburan jangka panjang. Bukan untuk nampak mewah, nampak gempak. Tapi untuk selesa dan selamat dipakai dalam jangka masa lama.

toksah dipetik petik, gas lun ado laie jang..


Langsir, perabot ruang tamu / bilik tidur, lampu, kipas, pemanas air, semua belum tersedia lagi. Perlahan-lahan isi rumah. Kewangan buat masa ni belum mengizinkan. Sabar..


Tapi, dalam list barang yang aku buat, hampir semua benda (aku rasa) aku dah masukkan.
TV je tak ada...
Tak tahu lah.. Tak rasa macam keperluan pulak. Melainkan nak tengok berita. Astro, jauh sekali...
Keputusan akan direvise kelak.



Moral of the story :
i) Orang-orang muda, pandai-pandai menyimpan, menabung sebelum kahwin.
ii) Jangan berbelanja besar  masa kahwin, permudahkan urusan nikah. Lepas berkahwin, laaaagi banyak nak pakai duit.
iii) Anyway, berkahwin lah. InsyaAllah rezeki akan bertambah lepas kahwin nanti.. Betuul..

Thursday, August 8

Selamat semua

assalamualaikum..

tak ada ucapan fancy fancy..
cuma, macam biasa.




Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Maaf Zahir, dan Batin.
Berhati-hati time memandu.





Jom pi semayang raya.
Kunyah kuih raya sikit. Krupp krupp..


Saturday, July 13

projek : keluarga

alhamdulillah..

..habis housemanship
..isteri berbadan dua, insyaAllah bulan sebelas nanti
 
..dan,
selesai urusan pembelian, ini rezeki anak kami..






perjalanan masih panjang..

macam mana sekali pun, alhamdulillah..

Sunday, September 4

aidilfitri datang lagi


assalamualaikum..

masih belum lambat

Selamat Hari Raya Aidlfitri semua
maaf zahir & batin




p/s : tapi rindu pulak kat bulan puasa..

Wednesday, June 8

anggur

salam..

apa la yang merasuk wa meninggalkan laman ni sampai sendiri ada rasa nyampah nak masuk sini balik. Ok, ini ayat entah apa-apa.

Bukan apa, dah sampai Malaysia ni, tak berahi pulak nak menaip. Desktop kat ruang tamu.

Perasaan? Sekarang ada macam-macam perasaan.

Pertama
- Seronok, dan syukur dah jadi warganegara 'fulltime' semula. Masa nak catch-up balik benda2 kat Malaysia ni. Hari tu sipi2 nak masuk koc merah jambu ktm komuter. Sebelum naik, kiri gadis, kanan gadis, belakang pun gadis! Ini sungguh rare.. Tren sampai, sekali tulis situ "koc wanita". Cett. Sempat wa lari masuk koc lain. Jahil. Padan muka.

Memandu. Kekok lak wa drive haritu melaka-semban. Selalu kat Manipal merempit je. Balik hujung2 tahun pun jadi penumpang. Jangan bimbang, skang wa dah kompeten. Hehe..

Duk rumah pun golek2 je. Jadi dugong.

Kedua
- Wa rindu sangat kat life wa kat Manipal dan kawasan yg sewaktu.. Tak tipu. Tapi apakan daya, rezeki wa kat situ tamat lah sudah..
Sekarang pun wa tak percaya yang semua tu dah jadi sejarah. Memori. Dem.

Ketiga
- Wa tak mau mula kerja sini, waaarghh. Nama je dah dapat surat perlantikan. Hati berat gila. Tak apa lah. Akan wa pujuk hati ni, supaya suka dan sayang untuk bekerja semula.

Keempat
- Bukan perasaan. Mengantuk. Mahu tidur. Salam~


Thursday, September 23

aidilfitri '10

salam
selamat hari raya aidilfitri
tahun lepas snap 300+, publish 60
tahun ni snap 100+, jadi paham2 je la publish nye berapa..

bertuahnya pulak aku ni masa sedara-mara ngan family ada raya,
tak reti nak bawak keluar kamera,
nak berborak ngan mentekedarah je tau..
tinggal lah gambar dengan kawan-kawan je dapat.

tapi ni bukan sebarang kawan
ni lah kawan-kawan aku yang tak pernah aku sebut sebelum2 ni,
walaupun aku tiap2 tahun jalan beraya dengan diorang.

dari zaman tak ada lesen (zaman sekolah), zaman jalan kaki, zaman mak ayah hantar naik kereta,
pusing dari senawang, turun paroi, gerak ke pinggiran golf, masuk jiboi, redah gedong lalang,
lagi sikit nak cecah tengah malam, baru nampak muka tersengih-sengih balik rumah, mak pun dah pot pet pot pet...
..sampai lah sekarang ni.

airport Mangalore yang baru
betul-betul atas bukit


anak buah main bunga api,
dulu den buek kojo ni, duluuuu..


best duduk ngan orang2 kenit ni


"budak-budak kecik ni pengasihnya kuat..", mak den cakap.


nak tau best tak best nya diorang ni,
tunggu bila diorang tak ada, balik rumah..

..haa, terbangang ekau duk terkebil sorang-sorang


raya-4, dah pergi futsal,
pekejadah, ha ha..


pose comel/jambu dengan johan


ada jugak terjumpa satu family dengan sedara-mara
berkumpul raya ramai2 kat gelanggang futsal
memang terbaik la lu makcik.


apai
baru 4 hari raya badan suda naik ka abang.. hehe..
maap zahir & batin


70ringgit sejam


johan, uda
dakwan kiro duit..


Am, exam tak habih lagi masa ni, singgah beraya
dengarnya hari ni paper last, insyaAllah doktor esok tu.


rumah dakwan
johan akmal, ruzaini(nama manja "macho"), den, dakwan, mujib, azwan, johan azrul, bongek.
zharif takde, bawak kapal ke mane ntah..


rumah suraya
baik2 sikit perangai raya rumah lawyer okeh..


rumah sally


rumah ain
orang dah dekat2 nak kahwin ni memang happy macam tu
hehe..


abang, ngan mak den
raya ke berapa baru dio sampai rumah, cett.


"jom la gi raya,
rumah member sekor pun aku belum raya lagi nih"
- aboy


rumah apai
aboy(hadri), dakwan


muka-muka dah nak habis cuti raya


"pak lang, tolong lompat ni naik sebelah kanan, susah la"

psp : loco roco



dah habis bunga api, main pelita pun jadi la



alhamdulillah
masih ada keluarga & kawan buat penyeri raya (& hidup) gua kat seremban
ai lap yu ol..

cuma, bila dah besar & bekerja ni, rajin2lah sikit hulur duit raya kat orang kenit2 yang datang beraya - anak buah, sepupu, cucu sedara, anak kawan, adik pompuan member, anak jiran..
kasi lah diorang "rasa best dapat duit raya" macam kita dulu-dulu..

sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf banyak2 ye, Zahir & Batin~
Cermat bila memandu, ingat yang tersayang.


"Semoga kita berjumpa lagi, di hari bahagia ini..."


Sunday, September 5

lagu aman shah

big boys toys..


hari last aku kat Ortho
meninggalkan unit yang sangat sibuk, unit I
banyak kerja, banyak pengalaman, banyak belajar, banyak letih.
tapi tadi sempat pulak jadi model murahan..


~~~~~~~~~~~~~


tahun lepas raya di Mangalore,
tahun ni, atas permintaan diri sendiri,
kurang 24 jam lagi aku kat Seremban, insyaAllah.

geng-geng yang tak balik raya,
selamat bertugas.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, maap banyak2, zahir & batinnya sekali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...