Sunday, August 27

kick off 2017

terer abang ni, tutup mata jadi keeper..

dengan kejohanan futsal semalam,
maka bermula lah rantaian program KRIS tahun ni.
Lambat kan. Lantak.

26 peserta
4 team
sorang terjun main, aku le tu.
gelanggang sergio lorenzo, DJ futsal arena, bandar dataran segar, pedeksen

next, hari keluarga pantai batu tiga~

Wednesday, August 9

double special




Assalamualaikum.
Sejak Photobucket pedajal semua pengguna, hmm, malas nak komen.
Balik tabiat lama aku, tangkap gambar secara rawak.
Gambar boleh ceritakan lebih banyak hal, daripada tulisan.

Ni makan malam aku, kalau kenyang. Biasa la, klinik ada buat jamuan, atau petang sebelum balik ada orang kampung sekitar pedeksen buat kenduri, kekenyangan lah jawabnya.
nak langkau tak makan langsung malam, lapar pula..

Saturday, August 5

old segamat


I love small town.

Thursday, March 23

tweet yang tak masuk twitter

lalu dalam otak, on laptop, kononnya nak tweet.
last-last buka e-penyata..
Zzz..


-------------


Masa kecik : Doktor ada ubat cucuk tak? Anak saya ni cukup payah nak bagi makan ubat!

Dah besar tua bangka : Tak payah la ubat cucuk, ubat makan je dah la doktor..


-------------


"Tikus tu banyak sekarang ni, dia makan apa?"
"Ubat."
(Orang tak makan ubat... Tikus...)


-------------


TV tayang waktu berbuka.
Umur 30 tahun, terfikir.
"Kenapa nak tunjuk waktu berbuka."
Sepatutnya "Waktu berbuka adalah waktu solat Maghrib di tempat anda. Sekian.."
Serius..
(kutub utara/selatan jangan cerita)


-------------

Thursday, July 23

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk sesiapa yang masih, masih singgah sini membaca tulisan tuan blog yang malas nak 'update' blog.

Sempena hari baik bulan baik (Ramadhan sangat baik, tapi dah berlalu.. =( ) ni, ada beberapa perkara nak aku coretkan.

1. Perbelanjaan
Jangan berhutang! Ceti bukan main sibuk melayan panggilan telefon daripada macam-macam jenis orang (Melayu lah tentunya, raya.) sepanjang bulan puasa.
Rancang perbelanjaan, buat tahunan punya bajet. Masukkan bajet raya supaya simpanan secara bulanan nak tampung belanja raya boleh dibuat seawal selepas Syawal. Nak cerita detail, panjang sangat nanti..
Bukan lagi sebulan nak Raya, baru perasan nak beli itu, beli ini, akhirnya berhutang kad kredit, ceti bagai.

2. Berbual
Masa bertandang rumah saudara, jiran, kawan, banyakkan berbual 'offline' daripada 'online'.
Cuba tegur semua orang yang ada.
Jangan mata ke TV/handphone sepanjang tetamu depan mata. 'Pathetic'.
Aku bukan lah jenis senang bersosial/berbual, tapi saudara tu kadang kala jenis yang jarang dapat jumpa. Datang beraya ni lah nak berborak, 'catch-up'.

3. Hamba media sosial
Beraya dulu weh. Dah malam sikit nanti, dah habis semua sedara balik, baru lah.
Masa saudara mara depan muka ni, pergi 'upload' gambar. Dah 'upload' kang tunggu orang 'like'. Lepas tu balas komen. Lepas tu komen kat kawan yang 'like' tapi tak komen. 'Stalk' orang lain lagi.
Dalam 'fesbuk', IG 'meriah' satu macam, tapi realiti, zzz..
Sila rujuk 'point' no 2.

4. TV
TV tu aku 'on'kan supaya kedengaran takbir atau lagu raya je.
Kalau dah melekap depan TV melayan rancangan/drama/filem, tak payah raya pun tak apa.
Rujuk 'point' no 2.

5. Duit raya
Seikhlas hati. Jangan bebankan diri/kepala.
Rujuk 'point' no 1.
Pada aku biar budak-budak tu seronok. Selain ajar diri bersedekah.
Kalau budak-budak tu buat muka tak puas hati dengan duit raya, tu tanggungjawab mak ayah dia nak ajar dia makna pemberian duit raya.

6. Air kosong
Banyakkan minum air kosong musim raya ni.
Kuih dah manis, rendang lemang lodeh dah sarat kolesterol & karbohidrat. Teguk air manis sepanjang hari boleh buat yang sihat jadi kencing manis, yang kencing manis masuk ward.
Ada orang tak suka bila tetamu minta air kosong bila dia dah hidang air lain, tapi ni aku cakap pasal minum kat rumah sendiri.
Gelas pertama tu, sila lah, jamah, rasa. Gelas seterusnya tu. Ni ada yang sampai satu jag.
Jaga kesihatan. Melayu ni bukan apa, bab kesihatan jatuh no 10. Sodih den..

cobaan...


7. Berhati-hati di jalan raya
Kehilangan nyawa insan tersayang masa raya ni, sangat sadis. Sayu pilu nya boleh terbawa-bawa setiap kali raya.
Jadi, memandu/menunggang lah secara 'defensive'. Tak ada apa nak direbut atas jalan tu.
Mati, lumpuh, koma, putus anggota, cacat penglihatan, mati pucuk (ada..), beraya di ward, hilang sumber pendapatan, hilang fungsi anggota badan, hilang duit, hilang bahagia raya, dan macam-macam lagi. Fikirkan, masa pegang stereng tu..

Akhir kata, semoga semua menyambut Aidilfitri yang bermakna dengan insan tersayang.
Amin..

Mohon maaf zahir & batin.

Salam.

Wednesday, March 18

dalam pantang

Salam.
Tak ada nya dalam pantang. Anak aku dah setahun 4 bulan, berlari-lari dia.

Bini & anak dah tidur, bosan tak tahu nak buat apa.
Apa kata aku senaraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat di klinik, walaupun tak ada tertulis undang-undang mengenainya. Agar lancar proses anda sepanjang di situ.

1.   Minta MC sebelum ceritakan masalah kesihatan / pemeriksaan.
Terbit prejudis bahawa anda tak sakit sebenarnya, cuma mahu cuti. Ya, kami pegawai perubatan, cuma manusia biasa.
Tips : Mohon MC selepas anda diperiksa. Percayalah.

2.   Mohon MC untuk hari/minggu sebelum rawatan di klinik.
Datang klinik hari Jumaat, tapi minta MC sejak Khamis, atau Rabu. Alasan, majikan nak bukti dia sakit sejak Rabu, 3 hari dah tak masuk kerja.
Err, saya pun nak bukti awak sakit sepanjang tempoh itu. Pengesahan bertulis dari klinik/hospital lain ka. Modal air liur, tak layan.
 Tanpa bukti kehadiran ke klinik untuk hari MC yang dipohon, anda berkemungkinan berada di mana- mana sahaja di pelusuk muka bumi ini, melakukan pelbagai perkara, termasuk lah kegiatan jenayah. Don't play play..
Tips : Sakit hari Selasa, datang terus klinik hari Selasa. Alasan pitam sepanjang hari tidak diterima. Apa alasan sekali pun.

tiga hari dah saya tak masuk kerja, selsema, serius...
main air punya pasal.


3.   Terjah masuk bilik doktor, tanya, "Lambat lagi ke, suami saya nak pergi kerja sekejap lagi.."
Senang cerita, nak dilayan cepat, datang awal.
Kita tak boleh cincai rawat pesakit lain (yang datang awal) sebab nak cepat, semata-mata nak melayan pe'el orang dah lambat nak pergi kerja, dah lambat nak naik flight dan seribu satu alasan lagi. That's unfair, man..
Servis murah RM1, mestilah ramai orang lain nak pakai jugak.
Tips : Bangun awal. Datang awal.

Oh lagi satu, perlakuan itu sungguh tidak menghormati pesakit lain yang sedang dirawat dalam bilik itu. Kalau dia tengah bukak baju, amacam?!!

4.   Persoal kenapa ada pesakit lain dilayan terlebih dahulu.
Ini bukan kaunter bank / pejabat kerajaan yang lain.
Kes kecemasan didahulukan. Tak sama sakit jantung dengan demam, batuk selsema.
Pesakit psikiatri tak selamat dibiarkan menunggu lama di celah awam.
Ibu & bayi dalam pantang datang sebab jaundis tak boleh dibiarkan lama-lama menunggu.
OKU & warga emas diutamakan.
Ingat lah, bukan pesakit je, kami laaaaagi nak cepat cepat clear kan pesakit dari klinik.
Tips : Tak ada tips. Yang ini bergantung pada rezeki masing-masing.

kalau comel, dapat masuk dulu tak.. hi hi..


5.   Enggan dirujuk ke hospital / Dr pakar.
Seboleh-boleh nya, kami tak mahu merujuk anda ke hospital. Susah. Kena telefon doktor di hospital, kena buat surat (yang kadang-kala panjang berjela), kena buat ujian darah/kencing/ECG, kena dapatkan tarikh temujanji.
Jadi, apabila dirujuk ke hospital, itu bermakna anda memang BENAR-BENAR PERLU ke hospital. Keengganan anda akan membuatkan kami kecewa, dan terasa sungguh membuang masa, tenaga, sumber.
Tips : Minta Dr jelaskan sebab dirujuk.

6.   Hilangkan surat rujukan.
Ini dah diterangkan tadi. Usaha akan terbazir.
Datang semula ke klinik minta dibuat semula surat rujukan, daripada dr lain pulak tu, yang tak tahu hujung pangkal.
Surat itu sepenting surat tawaran bekerja/ tender / sijil nikah / dll.. Berkaitan kesihatan & nyawa. Simpan dengan baik.

7.   Nak dengar yang sedap sahaja.
Dah berjumpa dr pakar, akan tetapi enggan menerima nasihat/rawatan yang ditawarkan, balik ke klinik kesihatan, minta nasihat dari dr yang 'kurang' pakar ni.
Logik apa tu..

8.   Datang hujung waktu.
2 minit tinggal. Kaunter pendaftaran dah tutup. Farmasi dah kemas nak tutup. Makmal pun.
Anda baru tiba dengan masalah kesihatan yang dah ada sejak 2 bulan lalu.
Tidak hormat waktu bekerja orang lain.
Tak boleh beri rawatan kira cincai. Tak selamat untuk kedua-dua staf & pesakit.
Tips : Datang awal.

9.   Minta buat surat.
Dulu dia operate di Sarawak, lepas tu sambung rawatan di Pahang, rujuk ke Kelantan, dan kali terakhir di Johor. "Dan boleh tak Dr keluarkan surat mengesahkan saya sakit sekian sekian sekian dan sekian."
Tak boleh.
Sila mohon dari dr terbabit atau dari klinik/hospital yang merawat.
Kalau esok saya nak keputusan peperiksaan anak saya, takkan saya nak tanya di sekolah yang dia tak pernah belajar..

betuuuuuulll tuan, percayalah....


10.   ..akan bersambung kalau ada lagi yang aku ingat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...