Friday, November 29

kami mahu

assalamualaikum.

Tak ada sesiapa pun suka, gembira, riang, menunjukkan alat sulit kepada orang lain (laki bini tu lain cerita, dan lagi satu, ohh, orang gila).
Baik perempuan, mahupun lelaki.

Isu dr lelaki di wad bersalin ni, makin kerap diutarakan dalam media sosial.
Terbaru, ada petisyen, boleh baca sendiri, senang je nak cari.
Secara kasarnya, menggesa dibuat polisi supaya staf wanita sahaja bertugas atau diberi keutamaan bertugas di tempat tersebut.
  (Orait..)
Menyuruh staf kesihatan meningkatkan kefahaman tentang aurat ketika bersalin.
  (Aurat bukan setakat dijaga ketika bersalin je, sepanjang masa sepatutnya..)
Dan tidak memberi apa-apa insentif kepada dr lelaki yang bertugas di jabatan O&G.
  (Woooooww.. ini zalim)

Saya geleng kepala.
Saya tidak mahu bertelagah dengan pembaca yang tak sependapat.
Cuma sedikit pengalaman ingin dikongsi.

Ketika zaman h.o. ('hamba of') dulu, ketika 'on-call' (5pm-7am), saya berseorangan menjaga satu wad, berisi seramai 40-50 orang pesakit. Ini dikira mewah memandangkan zaman sebelumnya cuma seorang h.o. untuk DUA wad.
Mencatat dalam fail, memeriksa setiap pesakit, bermula seawal jam 5 petang, sampai lah kadang-kadang ke pukul 8-9 malam. Itu pun kalau tak ada apa-apa kecemasan berlaku.Tak campur kes yang baru masuk wad lagi.
Memeriksa 'bukaan bawah' pesakit yang tengah sakit nak meneran,  satu keperluan, supaya tahu apa langkah seterusnya. Bukan boleh ditilik-tilik macam pak nujum.
Dalam keletihan berjaga sepanjang malam, memikirkan bermacam-macam perkara nak diselesaikan. Susah hati. Berdebar sampai pagi. Nyawa pesakit, nyawa kandungan. Makan pun miss. Kencing ditahan-tahan. Busy.
Tak ada sekelumit pun rasa suka, syok, atau naik ghairah ketika mengendalikan pesakit-pesakit tersebut. Letih sangat. Yang ada dalam kepala, nak selesaikan cepat-cepat & selamat. Dan chow.
Pesakit memang rasa malu.
Tetapi prosedur yang kami buat itu perlu. Perlu untuk pesakit ketika itu, dan perlu untuk kami, di masa-masa yang akan datang.

"dr miang in da house", fikir mereka..


Saya kira, jika hanya dr wanita dibenarkan bertugas di wad bersalin, maka mereka perlu on-call lebih kerap, stay-up di hospital malam hari, memandangkan jumlah staf telah susut, berikutan larangan dr lelaki bekerja di wad bersalin.
Dr wanita pun ada keluarga, suami, anak-anak yang nak dijaga di rumah. Berkorban.

Dr lelaki yang ditugaskan di klinik kesihatan yang kecil, berseorangan. Banyak ibu-ibu mengandung yang perlu antenatal check up. Jika dr lelaki dilarang bekerja di wad bersalin, manakan dapat ilmu & kemahiran untuk mengendalikan kes berkaitan..
Jika dr lelaki dilarang mengendalikan kes O&G, bukan hospital sahaja, satu Malaysia ni ribut, nak dicari dr wanita untuk dihantar ke seluruh pelusuk yang memerlukan.
Pengetahuan & kemahiran asas O&G ini wajib untuk semua dr, tanpa mengira jantina. Jadi, kehadiran dr lelaki (terutama dr pelatih) di wad bersalin memang tak boleh dielakkan. Tambahan, pakar dan konsultan lelaki dalam bidang ini, nak di suruh ke mana.
Ada terbaca tentang pihak yang mencadangkan penggunaan patung sebagai ganti pesakit. Maaf lah, kami berurusan dengan manusia. Andai latihan dengan patung, saya tak fikir pesakit gemar dilayan seperti patung kelak.

Perlu diingatkan, bukan semua dr wanita minat/mahu memasuki bidang ini. Ia sangat sibuk dan, mmmmm, apa orang putih cakap, demanding..

Tanyalah pada dr wanita muslim,
- mereka pernah hidup berpuluh tahun sebagai orang biasa (layman) sebelum bergelar doktor
- mereka sendiri bekerja dalam sistem khidmat kesihatan ini
- mereka sendiri pernah jadi pesakit (ibu yang melahirkan) di hospital kerajaan
- mereka seagama dengan penyokong petisyen ini (jangan dituduh mereka cetek ilmu/penghayatan agama/sekular)
Oleh itu saya amat yakin, kalau pembaca enggan menerima tulisan saya, sekurang-kurangnya mendengar pandangan golongan (dr wanita) ini, memandangkan mereka boleh melihat isu ini dari keempat-empat perspektif.

Usaha ke arah menambah dr wanita dalam bidang ini memang sudah ada, fitnah lah kalau kata  tiada. Cuma ia mengambil masa.

Akhir kata, bagi yang menyokong petisyen tersebut, sila lah.
Cuma ini pesan saya:
i) Boleh minta dr wanita. Jika ada, ada lah. Jika tiada pada ketika itu, usah lah marah. Tenaga kerja (masih) belum cukup.
ii) Bagi yang berkemampuan, silalah ke institusi perubatan yang menawarkan semua staf wanita di wad bersalin.. Bukan pilihan popular, tapi jika mampu, apa salahnya.
iii) Galakkan anak atau anak saudara perempuan menyertai perubatan. Galakkan dia masuk O&G khususnya. Doktor tak cukup. Dan tidak pula doktor itu tumbuh di atas pokok / tepi jalan..
iv) Keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah top priority. Penuhkan waktu menunggu isteri bersalin dengan solat hajat. (pesan Warie). Bukan dengan kerisauan "dr lelaki ke perempuan"..


bacaan berkaitan:
'Lip Service'
'doktortime'




p/s: lelaki bermasalah di kemaluan pun tak nak dr wanita memeriksa. Tapi jangan lah itu dibuat petisyen juga..

1 comment:

  1. Kebelakangan ni memang selalu dengar kes macam ni.. Dan apa yang kau cadangkan tu, akakpun pernah komen kat satu blog.. Selalu jugak dengar cerita dari kawan2 yang preggy.. Macam2 dorang cerita sampai naik malu nak dengar.. Dorang lagi la malu sebab terpaksa hadapi semua tu.. Tapi nak buat macam mana, kan.. Hadap je la..

    Bak kata kau tu la, jika ada, ada la.. Jika takde, anggap je kes tu darurat..

    ReplyDelete

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...