salam.
Tak sampai sejam lagi
desktop aku ni kene rembat dek orang lain. Antara barang terakhir akan meninggalkan rumah ni, yang lain semua dah jual.
Rumah jadi kosong. Hati pun rasa kosong. Semangat dah dibawa keluar sekali dengan barang-barang. Teman serumah pun dah balik tanahair.
Khidmat 365 hari kat warga India dah tamat, Rabu lepas. Menganggur kini.
Borang dan segala jenis macam sijil, pun dah
setel.
5 tahun setengah, bukan sekejap. Banyak belajar.
Daripada buku. Daripada orang. Daripada pengalaman.
-Kebanyakan orang di sini terlalu mementingkan diri sendiri. Masa, tenaga, wang.
-Tapi bukan semua di sini macam tu.
-Warga Malaysia suka kutuk orang sini. Lepas tu jadi 2 x 5. (penulis tak ketinggalan =p). Betul lah manusia tu tak diuji dengan benda-benda besar. Cukup, diuji dengan kata-katanya sendiri sahaja..
-Rakan sekerja ialah orang yang
datang & bekerja sekali dengan kita. Bukan orang yang namanya turut ada dengan nama kita dalam buku daftar kehadiran.
-Belajar melawan pembulian.
-Doktor itu sama sahaja seperti pekerjaan lain. (Cuba) memberi apa yang tiada pada orang lain, dan mendapat gaji/bayaran sebagai balasan. Kalau dia
tak bekerja, tiada guna.
Professor, staff, jururawat,
post-graduate (PG),
seniors, pesakit-pesakit,
akka &
anna,
secretary jabatan, staf2 sokongan, pemandu bas, jaga hospital/apartmen, peniaga makanan/barang runcit, tukang cuci,
anna jaga lif, pemandu-pemandu
auto, mak ayah & adik-beradik, teman seangkatan, adik-adik
junior..
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih semua.
5 tahun setengah.
Bukan setakat ilmu. Darah & daging dalam badan ni pun kebanyakannya datang dari tanah bumi India, hasil dari pemakanan yang kenyang selalu. Alhamdulillah.
Walaupun aku dah tak nak duduk sini lagi, tapi sedih nak tinggalkan tempat ni..
Selamat tinggal Manipal. Selamat tinggal India.