Alhamdulillah, sekarang dah hampir siap proses nak pindah masuk rumah. Setelah setahun lebih dibiarkan tak berpenghuni sejak dapat kunci.
Lingkup juga duit EPF untuk proses masuk rumah ni. No play play.
Bajet kononnya nak menyimpan banyak, hampir-hampir tak dapat menyimpan.
Terima kasih kepada Microsoft Excel yang bertindak sebagai platform aku merancang perbelanjaan dengan begitu detail, sejak hari pertama berbelanja (untuk rumah).
Ada rakan sekerja tanya, "Tak beli phone baru ke..?"
Serius aku cakap, kalau telefon aku dulukan, terjejas lah cita-cita nak masuk rumah.
Rancang sebelum duit dapat dalam tangan, bukan selepas. Serius betul aku malam ni. Ha ha..
Berbalik kepada tajuk malam ni. Dilema.
Sudah setahun lebih berkhidmat di peringkat daerah ni, aku makin bingung. Antara perkembangan karier, dengan fokus pada keluarga.
1. Mohon buat program master, atau
2. Buat DFM (diploma family med), atau
3. Kekal MO kronik
Tahniah buat rakan sejawatan yang sudah mengorak langkah ke arah menjadi seorang bergelar pakar. Kagum gua sama lu. Komitmen yang diperlukan, membezakan antara "good & great".
Boleh saja mengurus keluarga dan mengejar cita-cita dalam satu masa.
Tapi aku tak yakin aku boleh masuk kategori tu. Tambahan, jauh di sudut hati ni, nak luang masa banyak untuk anak, macam mak ayah aku buat kat aku dulu.
Itu lah masalahnya. Mak ayah aku dulu cikgu.
Amboi, sedap je guna anak buat alasan tak sambung study, hehe..
cita-cita Irshad, nak tangkap burung tu.. -kl birdpark, nov 2014- |
Cakap pasal anak, aku teringat dua minggu lepas, selisih dengan rakan sekelas darjah 6, dalam kedai barang bayi. (Sekarang terjumpa kawan-kawan kat kedai barang bayi je, ha ha).
Gatal mulut ni bertanya, dah masuk balik kerja ke belum. Dah lebih 3 bulan umur anak.
Dia jawab, dah berhenti kerja. Ya, berhenti kerja. Anaknya kembar.
Itulah impak anak kepada jalan hidup mak mak ayah ni. Buat keputusan paling menyesak dada.
Akhir kata, aku nak buat keputusan yang paling rewarding, untuk aku dan keluarga. Bukan untuk kebanyakan orang. Amin.
p/s : kawan-kawan futsal pun, dah lama aku tak join ni, dek ralit urusan rumah. Sorry geng, nanti aku qada'..
No comments:
Post a Comment
talk OR stalk.