Wednesday, June 8

anggur

salam..

apa la yang merasuk wa meninggalkan laman ni sampai sendiri ada rasa nyampah nak masuk sini balik. Ok, ini ayat entah apa-apa.

Bukan apa, dah sampai Malaysia ni, tak berahi pulak nak menaip. Desktop kat ruang tamu.

Perasaan? Sekarang ada macam-macam perasaan.

Pertama
- Seronok, dan syukur dah jadi warganegara 'fulltime' semula. Masa nak catch-up balik benda2 kat Malaysia ni. Hari tu sipi2 nak masuk koc merah jambu ktm komuter. Sebelum naik, kiri gadis, kanan gadis, belakang pun gadis! Ini sungguh rare.. Tren sampai, sekali tulis situ "koc wanita". Cett. Sempat wa lari masuk koc lain. Jahil. Padan muka.

Memandu. Kekok lak wa drive haritu melaka-semban. Selalu kat Manipal merempit je. Balik hujung2 tahun pun jadi penumpang. Jangan bimbang, skang wa dah kompeten. Hehe..

Duk rumah pun golek2 je. Jadi dugong.

Kedua
- Wa rindu sangat kat life wa kat Manipal dan kawasan yg sewaktu.. Tak tipu. Tapi apakan daya, rezeki wa kat situ tamat lah sudah..
Sekarang pun wa tak percaya yang semua tu dah jadi sejarah. Memori. Dem.

Ketiga
- Wa tak mau mula kerja sini, waaarghh. Nama je dah dapat surat perlantikan. Hati berat gila. Tak apa lah. Akan wa pujuk hati ni, supaya suka dan sayang untuk bekerja semula.

Keempat
- Bukan perasaan. Mengantuk. Mahu tidur. Salam~


4 comments:

  1. ada koc pink?! wohoo! maju seh ada koc wanita. confirm koc tu x pernah kosong.

    ReplyDelete
  2. memang maju. Bagus. Untuk perempuan. Tahniah ktm.

    Tapi waktu puncak, koc2 lain still macam tin sardin. Oh ktm..

    ReplyDelete
  3. yuuuuuuuuuuhuuuuuuuuuu...

    kerja di manakah sekarang??

    ReplyDelete
  4. kini sudah bersama KKM (jawapan selebriti, kikiki..)

    dekat ngan rumah je.. =)

    ReplyDelete

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...