Sunday, March 27

selamat tinggal Manipal

salam.

Tak sampai sejam lagi desktop aku ni kene rembat dek orang lain. Antara barang terakhir akan meninggalkan rumah ni, yang lain semua dah jual.
Rumah jadi kosong. Hati pun rasa kosong. Semangat dah dibawa keluar sekali dengan barang-barang. Teman serumah pun dah balik tanahair.
Khidmat 365 hari kat warga India dah tamat, Rabu lepas. Menganggur kini.
Borang dan segala jenis macam sijil, pun dah setel.

5 tahun setengah, bukan sekejap. Banyak belajar.
Daripada buku. Daripada orang. Daripada pengalaman.

-Kebanyakan orang di sini terlalu mementingkan diri sendiri. Masa, tenaga, wang.
-Tapi bukan semua di sini macam tu.
-Warga Malaysia suka kutuk orang sini. Lepas tu jadi 2 x 5. (penulis tak ketinggalan =p). Betul lah manusia tu tak diuji dengan benda-benda besar. Cukup, diuji dengan kata-katanya sendiri sahaja..
-Rakan sekerja ialah orang yang datang & bekerja sekali dengan kita. Bukan orang yang namanya turut ada dengan nama kita dalam buku daftar kehadiran.
-Belajar melawan pembulian.
-Doktor itu sama sahaja seperti pekerjaan lain. (Cuba) memberi apa yang tiada pada orang lain, dan mendapat gaji/bayaran sebagai balasan. Kalau dia tak bekerja, tiada guna.

Professor, staff, jururawat, post-graduate (PG), seniors, pesakit-pesakit, akka & anna, secretary jabatan, staf2 sokongan, pemandu bas, jaga hospital/apartmen, peniaga makanan/barang runcit, tukang cuci, anna jaga lif, pemandu-pemandu auto, mak ayah & adik-beradik, teman seangkatan, adik-adik junior..
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih semua.

5 tahun setengah.
Bukan setakat ilmu. Darah & daging dalam badan ni pun kebanyakannya datang dari tanah bumi India, hasil dari pemakanan yang kenyang selalu. Alhamdulillah.

Walaupun aku dah tak nak duduk sini lagi, tapi sedih nak tinggalkan tempat ni..

Selamat tinggal Manipal. Selamat tinggal India.

6 comments:

  1. Ehhh....

    Ko dah nak balik Malaysia ehh Shid..?

    Boto la tu, 5 tahun tu lamo sangat dah tu.. Mesti nanti ko rindukan budak2 sekolah tu kan... =)

    Rehat2 dulu, pastu baru kerja dan dikerjakan semula.. huhu..

    ReplyDelete
  2. waaahh.yg pasal rakan sekerja tuh mmg sentap ek?hoho

    ReplyDelete
  3. @k.azz memang. Memang akan dikerjakan.. =(

    @anum tak tau lah sentap ke tak, sebab yang buat tu kebanyakannya tak berbahasa melayu. Kalau paham bahasa melayu, anggap lah teguran secara umum, utk diri sindri jugak. Sindri pun pemalas jugak kdg2. Teeeeeeeeeeett..

    @drSinga tak konfem lagi. Ade menconteng kat sini maknanya dah balik lah tu. Ni pinjam lappy geng jap..

    ReplyDelete
  4. Selamat pulang ke tanahair. Nanti bila kami2 di sini balik, ditakdirkan kita bekerja sebumbung janganlah menjadi senior pembuli ye ;)

    ReplyDelete

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...