Thursday, December 16

seat no. 5

jam 11.06 malam.
Sepatutnya keretapi aku dah sampai, sepatutnya. Labuhkan buntut kat kerusi, lenguh tadi berdiri sambil jinjit beg. Beg tak besar, balik sekejap la katakan.


stesen keretapi Udupi, waktu siang

Jam 11.55 malam.
Keretapi sampai. Puas aku besarkan mata, mencari no. gerabak yang aku nak naik. Konon2nya gerabak aku belakang sekali menghadap utara, tapi stesen keretapi Udupi buat dajal lagi, hujung lagi satu rupanya.

info : Semua keretapi yang lalu stesen Udupi berhenti selama 2 minit sahaja

Nak tanya ketua stesen, tak nampak bayang. Penumpang lain pun semua naik keretapi ni. Pecut bang, ke arah kepala keretapi, gerabak gua depan sekali nih. Alhamdulillah, masa semboyan berbunyi, aku dah masuk2kan beg bawah kerusi/katil, tunggu nak baring je, dan keretapi pun jalan.
Oh yeah.
Ada satu senarai nama penumpang atas katil aku tu tadi, aku buat tak tahu je, letak terus bawah katil. Datang seorang pegawai mintak tiket, dibacanya 2-3 kali tiket aku.

"Awak salah keretapi ni. Awak nak ke Ernakulam (selatan), keretapi ni ke Delhi (utara India nuuuun). Dan yang awak baring ni katil saya.."

Gelabah. Macam nak tercabut jantung dibuatnya. Macam babi terkejut.
Aku disuruh turun kat stesen berikutnya.
"Awak turun sini dulu, nanti keretapi awak tu lalu, awak naik lah"

Berlari turun keretapi bawak beg, jumpa ketua stesen, bertanyakan apa-apa yang patut.
"Keretapi tu memang lalu sini kejap lagi, tapi dia tak berhenti, sebab ni stesen kecik je".
Sekali lagi jantung aku bagai nak meloncat keluar.
Aku tak perasan apa yang pegawai keretapi dengan ketua stesen tu bincangkan. Kepala dah biol.
Kalau aku miss keretapi ni, alamatnya tiket flight aku esoknya bakal terkorban.
Aku orang terdesak. Aku seluk wallet, keluarkan not 100 rupee, "Encik tak boleh buat apa2 ke...?"
"Ok, jangan risau, saya akan call keretapi tu, supaya berhenti kat sini"
Sebenarnya, kalau aku tak bagi dia duit tu pun, memang dia call pun. Kiranya tak jadi lah rasuah, jadi lah token of appreciation je, hehe..

Naik balik keretapi tadi, bukak pintu keretapi yang tak menghadap platform. Pegawai tadi suruh aku tunggu tepi landasan.
"Nanti keretapi sampai, awak naik je mana2 gerabak. Next station, tukar naik gerabak sepatutnya."
"No snake??", aku tanya sambil tangan menuding ke arah landasan yang gelap.
"No, no. Don't worry, there's no snake".
Ye lah tu.


Campak beg. Terjun.
Melutut jugak lah masa landing. Aku kuatkan tapak supaya tak berguling badan, mengenangkan atas landasan tu penuh dengan najis orang. Berjalan tepi landasan yang penuh pokok semalu berduri, memang pedih. Macam haram.

Jam 12.30malam.
Keretapi mula2 tadi pun berlalu. Aku tunggu sorang-sorang tepi landasan. Bahagian tu tak ada platform, tak ada lampu, gelap. Yang ada cuma lalang sama tinggi dengan aku. Tak lama, dalam 10minit, datang seorang pakcik tua pekerja stesen bawak torchlight temankan aku.
Keretapi aku sampai akhirnya. Gila aku tahan keretapi macam tahan teksi je. Sebelum naik sempat aku hulur pakcik tu "token" sikit. Terima kasih.
Aku naik gerabak yang mula-mula, gerabak "General". Ada kerusi, tapi dah penuh. Bawah kerusi, ada orang tidur. Atas lantai, orang tidur. Tempat beg atas kepala, pun ada orang tidur. Aku berdiri tepi pintu, itu je tempat yang ada.

Sampai balik stesen Udupi, aku turun, berlari ke arah gerabak aku, belakang sekali. Tak sempat jugak, keretapi berhenti 2 minit punya pasal. Naik tengah-tengah keretapi balik. Aku cuba lalu ikut dalam kot-kot berjaya sampai belakang sekali, tapi sampai kat koc S9, pintu besi bertutup rapat. Tunggu lagi 30 minit.

Jam 1.30pagi.
Stesen berikutnya lah baru aku berjaya turun dan naik ke gerabak aku.
Ingatkan dah habis cobaan. Atas katil aku ada satu lelaki dalam umur 40-an tengah berdengkur. Aku kejut. Dia cakap,
"Boleh tak kalau saya baring sini dulu sampai Mangalore (lagi 1 jam). Kat situ nanti saya turun"
"NooooooooooOOOOOOOOOoooooooooooo...."

Dan akhirnya aku selamat tidur, lepas syok mandi. Mandi peluh.

12 comments:

  1. saba la ye enche. mmg betul2 dugaan

    ReplyDelete
  2. awesome! yg aku punya train smpai lewat giler, burnt tiket flight.

    ReplyDelete
  3. lalalalala~ naik keretapi india mmg x sah x jadi filem hindustan kan?
    lenkali cek number tren dulu baru naik,enche~
    tapi alhamdulillah.. dah selamat kan semuanya?

    ReplyDelete
  4. @naim
    tak pe, dah jadi sejarah, pengalaman.

    @we
    itu yang wat aku gelabah tu, hahaha.. horror..

    @hazimah
    dah check no dah, tapi kat badan gerabak tu tulis dua no. Salah satu no tu mmg ade tulis dalam tiket. Cuma direction keretapi yang lain..
    Sekarang tak ade pape dah, dah selamat balik manipal. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. never want to take train after taking 2nd class cabin to goa in 2nd yr..the track , station, train..everything horrifies me til now lol..penatkan sendiri

    ReplyDelete
  6. actually it shouldn't be much of that prob had the train stopped about 5-10min. But 2min, hishhh...
    Plus, i prefer travelling on train to bus.

    ReplyDelete
  7. boleh buat buku

    A NIGHT @ TRAIN STATION

    by: encherashid bhagat

    ReplyDelete
  8. kalu buat filem,
    AN IDIOT @ TRAIN STATION

    weh, dah balik ke, bile sampai?

    ReplyDelete
  9. Dah macam citer Dil Se lak.. Nasib baik tak nyanyi ateh ketapi tu...

    ReplyDelete
  10. tragik sgt, nak nyanyi dalam hati pun tak lepas..

    ReplyDelete
  11. gila lah!naseb baik ko sorang,kalo ramai...haru!

    ReplyDelete
  12. kalau ramai, memang kena naik dari mangalore lah jawabnya. cari nahas je naik dari Udupi ni..

    ReplyDelete

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...