Wednesday, July 7

karangan

salam

saya ada blog.
atas sebab yang tak dapat dipastikan, saya suka untuk ada satu, hobi.
tapi kawan-kawan saya bukan semua baca blog saya.
adat lah, bukan hari-hari mereka hadap komputer, internet.
bukan semua suka atau minat apa yang saya tulis
bukan mereka semuanya tahu pun saya ada blog
banyak lagi kerja berfaedah boleh dibuat.

lalu pada satu ketika saya masuk blog paling popular hari ini
iaitu facebook
hari-hari orang kemaskini status, masukkan gambar, komen sana-sini
dan pelbagai aneka ragam lagi
bagus, semua kawan sekolah/kolej ada di situ
yang ada dalam friendster semua dah cabut pergi FB
lengang friendster.

kemudian saya ada twitter
kenapa?
saya suka nak kemaskini status, tapi melakukannya di FB,
saya rasa kurang senang (copy-and-paste semula ayat di atas)
bukan hari-hari mereka hadap komputer, internet.
bukan semua suka atau minat apa yang saya tulis
bukan mereka semuanya tahu pun saya ada tulis
banyak lagi kerja berfaedah boleh dibuat.
(tambah), melontar pendapat / status rambang di hadapan 400+ 'friends' yang tak friend mana pun,
boleh menimbulkan "Like" dalam 7-8 orang..
..dan "Dislike" dalam 70-80 orang lain pula
saya rasa kurang senang (copy-and-paste semula ayat di atas)



"masa tidur pun saya boleh update status facebook lagi, hebat bukan"

dengan ber'tweet'2, yang nak follow saja akan baca racauan saya
tapi, bukan semua kawan pula ada twitter..

kemudian datang pula orang suruh kita masuk "FB untuk muslim"
suruh kita masuk WRM
suruh kita masuk LinkedIn
suruh kita masuk itu ini pot pet pot pet pet pet....
berapa banyak nak kena masuk daa...

dah, cukup. Disimpulkan di sini,
saya cuma mahu
keep in touch
bukan
touch others' heart in a wrong way..wujudkah frasa di atas, saya tidak tahu, saya main bantai sahaja..

p/s : kepada yang berkenaan, maaf zahir & batin~

5 comments:

  1. shid, aku suke n3 ni..ape yg kite suke buat..xsemesti org suke. so, better take wise action..buat ape yg patut supaya life kite ni tenang tanpa gangguan "bodoh".huhu

    ReplyDelete
  2. @drSinga
    hoh, sangat benar..
    tambah2 lepas on-call. Kadang makan pun jatuh no.2

    @a.i.d.a.
    pilihan kt tgn masing2. Orang lain nak buat, buat lah, aku tak marah.
    Cuma aku (niat) tak nak buat.
    Kalau dah terr.. tu, nak buat macam mana, benda dah jadi.. =p

    ReplyDelete
  3. Akak cuma ada blog dgn fb je...
    Blog sekadar untuk meluahkan pendapat dan berkongsi cerita... FB sbg tempat utk bertanya sesuatu secara terus menerus supaya dpt jawapan secara cepat.. tp selalunya lain yg ditanya, lain yg dijawab... Sabar je laa..

    Twitter..? Tak tau nak tweet2 dgn sape.. :(

    ReplyDelete
  4. tak apa kak, tak payah join banyak2, pening kepala, buang masa..

    ReplyDelete

talk OR stalk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...