Belum sampai Perancis. Tajuk sahaja difrancaiskan.
Jadi, mama anak saya busy dengan kertas exam nya, sampai hujung minggu terkorban dengan dia menelaah buku sambil suami dan anaknya menonton TV sampai muak.
Dipanjangkan cerita, cuti turut dipanjangkan lebih sehari berbanding hari sebenar peperiksaan, dan sampai lah kami bercuti hingga Selasa. Ayat apa ni..
Nak pergi Zoo, tengok panda. Ala, yang orang kecoh kecoh pasal mahal juta-juta tu. Zzz..
Tak perlu lah diterangkan dengan lebih lanjut kelebihan makan angin di tengah-tengah minggu ni.
Longang..
aku tak ingat sebarang memori pernah ke sini. Pertama kali ni. Dengan anak bini. Hi hi.. |
Mula mula, layan abang rimau dulu. Irshad pandai buat bunyi rimau.. Grrr.. |
trivia : harimau boleh melompat sejauh kira kira 30 kaki kolam : lebar 20 kaki je aku tengok. Ok, bye. |
sekitar : bersih, kemas. Cuma ada beberapa sektor masih kelihatan 80-90an |
Gajah pulak, Pa.. Pergi zoo tak tengok gajah, memang le.. |
Irshad kena cekup buat photoshoot. Staf situ panggil dia "Isha" |
mahal kandang panda ni air cond satu dewan 24/7 yo |
cet, tidur je.. |
dapat buluh, bangun terus. Dulu zaman sekolah dapat rotan, bangun terus jugak.. |
tidak dapat dipastikan sama ada mak ayah atau anak yang excited tengok panda ni.. |
Binatang lain, adaaa.
Tapi korang nak tengok ke, ha ha..
Bayaran total rm 50 termasuk melawat panda.
Kalau bayar rm 30 je sebab tak nak tengok panda, nanti kaciwa...
No comments:
Post a Comment
talk OR stalk.